Events Calendar

Monday 03 August 2020
  • Stories
    29 July 2020 08:00am - 31 August 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Bengkel Kesedaran.jpg

     

    Unit Pengurusan Kualiti & Risiko SQRC telah melaksanakan Bengkel Kesedaran & Audit Dalaman ISO 9001:2015 pada 7-8 Julai 2020 yang lalu bertempat di Bilik Pembelajaran 4, CTF4. Bengkel telah dihadiri Pengurus Risiko PTj dan Pegawai P&P serta Kumpulan Pelaksana PTj yang dipersijilkan. Objektif utama bengkel ini ialah bagi meningkatkan pemahaman mengenai ISO 9001:2015, pelaksanaannya dan cara-cara aplikasi; menjelaskan struktur baharu dan keperluan audit dalaman; memahami tujuan, skop dan kandungan sistem pengurusan kualiti dan kegunaannya dalam melaksanakan audit dalaman; serta melakukan tindakan pembetulan terhadap ketidakpatuhan sistem kualiti yang ditemui. Bengkel telah dikendalikan oleh Puan Saadiah Enok yang merupakan Principal Consultant dari SIRIM STS Sdn Bhd.

    Album Bengkel Kesedaran & Audit Dalaman ISO 9001:2015





  • Stories
    29 July 2020 08:00am - 31 August 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Bengkel Dapatan.jpg

     

    SQRC telah mengambil tindakan susulan untuk memetakan hasil dapatan kepada Bengkel Pelan Strategik UNIMAS 2021-2025 yang telah dianjurkan sebelum ini di Hotel Riverside Majestic dan juga semasa Sumbangsaran Majlis Dekan di Pulau Pinang sebelumnya selain dapatan dari beberapa siri perjumpaan dan sesi libat sama Ketua Strategi Fakulti. Sesi secara intensif selama dua hari secara dalaman telah diadakan pada 29-30 Jun 2020 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat SQRC Aras 3 Canselori. Hasil pemetaan ini akan diangkat ke peringkat seterusnya kepada Strategic Focus Owner dan Initiative Owner untuk dimurnikan.

    Bengkel Pelan Strategik UNIMAS 2021-2025 - Pemetaan Dapatan Penang & Riverside





  • Stories
    17 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    BengkelStrategik.jpg

     

    Tarikhe: 14 Mac 2020, 8.00am-5.00pm
    Hari: Sabtu
    Tempat: Sarawak Chamber, Hotel Riverside Majestic, Kuching.

    Pejabat Naib Canselor dan Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC) telah mengadakan Bengkel Penjajaran Pelan Strategik UNIMAS 2016-2020 & 2021-2025. Seramai 170 peserta terdiri daripada Ketua Strategi PTj, Timbalan-timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Penyelaras Program dan Penyelaras Pascasiswazah dari semua fakulti telah hadir.

    Turut serta ialah Dekan dan Pengarah fakulti terpilih yang tidak dapat hadir pada sesi sebelum ini.

    BengkelStrategik2

    BengkelStrategik3

    Album Bengkel Pelan Strategik UNIMAS [Penjajaran Pelan Strategik 2016-2020 & 2021-2025]





  • Stories
    29 July 2020 08:00am - 31 August 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Bengkel Pemantapan.jpg

     

    SQRC melalui Unit Pengurusan Kualiti dan Risiko telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Daftar Risiko dan Daftar Peluang ISO 9001:2015 pada 14-16 Julai 2020 yang lalu bertempat di BP4, CTF4. Objektif utama program latihan di bawah fungsional Pengurusan Risiko ini ialah untuk meningkatkan kefahaman dan pelaksanaan pengurusan risiko disamping memurnikan Daftar Risiko dan Daftar Peluang sedia ada berpandukan ISO 9001:2015. Bengkel selama 3 hari dikendalikan oleh Puan Saadiah Enok yang merupakan Principal Consultant dari SIRIM STS Sdn Bhd dan telah dihadiri seramai 30 Pengurus Risiko PTj.

    Album Bengkel Pemantapan Daftar Risiko & Daftar Peluang ISO 9001:2015





  • Stories
    29 July 2020 08:00am - 31 August 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Bengkel MyPortfolio.jpg

     

    Bengkel Pemurniaan myPortfolio SQRC telah dijalankan secara dalaman pada 21 Julai 2020 di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendaftar. Ia dihadiri semua staf SQRC diketuai Pengarah, Prof Dr Tarmiji Masron. Bengkel diadakan bertujuan untuk memurnikan proses kerja, carta alir utama bagi fungsi-fungsi SQRC dan deskripsi tugas (JD) setiap staf terlibat. Turut berjaya dimurnikan semula ialah objektif, piagam pelanggan dan fungsi utama SQRC. Dengan adanya bengkel ini, maka prosedur kerja menerusi myPortfolio dapat dijadikan dokumen rujukan di peringkat individu/jawatan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan setiap staf di SQRC.

    Album Bengkel Pemurnian myPortfolio SQRC





  • Stories
    02 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    taklimat_strategiptj1.jpg

     

    Tarikh: 26 Februari 2020
    Hari: Rabu
    Tempat: Bilik Mesyuarat TTNC

    Taklimat Ketua Strategi PTj telah dikendalikan oleh Pengarah SQRC, Prof Dr Tarmiji Masron. Ketua Strategi PTj adalah jawatan pentadbiran yang baharu diwujudkan dan disandang oleh ahli akademik bagi membantu memantapkan lagi strategi fakulti di UNIMAS ke arah kecemerlangan.

    Album Taklimat Bersama Ketua Strategi PTj





Demo