Events Calendar
-
Announcement15 November 2019 - 15 November 2020by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
-
Announcement24 February 2020 - 31 December 2020by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kalendar Aktiviti UNIMAS 2020
Januari 2020
Bil
Tarikh Dan Masa
Tajuk/Nama Aktiviti
Lokasi
Perasmi / (VVIP)
1
3 – 17 Jan
Service Learning Program UNIMAS-Cornel University-UCTS
UNIMAS, Long Lamai-Sibu
2
13 Januari
MoU Signing between UNIMAS and Phuket Rajabath University
Bilik Mesyuarat Pejabat NC, Penthouse
Timbalan Naib Canselor Akademik
3
17-19 Jan
Sukan Asasi Malaysia 2020 (SAM 2020)
Stadium UNIMAS
Timbalan Naib Canselor HEPA
4
30 -31 Jan
Pementasan Semarak Pertiwiku
Istana Budaya, Kuala Lumpur
SPRM, Malaysia
Februari 2020
5
4 Februari
Syarahan Perdana Prof Dr Mohd Zulkarnaen – “ A Story of ...
-
Stories08 September 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59pmby This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pejabat Naib Canselor (PNC) dan SQRC telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik 2021-2025 UNIMAS di Colosseum 2, Hotel Pullman Kuching pada 3-5 September 2020. Bengkel telah memberi peluang kepada kesemua Ketua Strategik Fokus 1-5 (Strategic Focus Owner 1-5) membentangkan cadangan Strategic Indicator Goal (SIG) masing-masing untuk diperdebat dan dibincangkan.
Turut melakukan pembentangan adalah Pengurus Besar UHSB dan CEO UBS. Bengkel telah dihadiri Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Bendahari, Pendaftar, Dekan, Pengarah dan Pegawai Pengurusan Kanan P&P. Turut serta ialah Pengerusi LPU dan Pengerusi UHSB.
-
Stories17 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59amby This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tarikhe: 14 Mac 2020, 8.00am-5.00pm
Hari: Sabtu
Tempat: Sarawak Chamber, Hotel Riverside Majestic, Kuching.Pejabat Naib Canselor dan Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC) telah mengadakan Bengkel Penjajaran Pelan Strategik UNIMAS 2016-2020 & 2021-2025. Seramai 170 peserta terdiri daripada Ketua Strategi PTj, Timbalan-timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Penyelaras Program dan Penyelaras Pascasiswazah dari semua fakulti telah hadir.
Turut serta ialah Dekan dan Pengarah fakulti terpilih yang tidak dapat hadir pada sesi sebelum ini.
Album Bengkel Pelan Strategik UNIMAS [Penjajaran Pelan Strategik 2016-2020 & 2021-2025]
-
In The Media28 April 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59amby This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
-
Announcement28 February 2020 08:00am - 31 December 2022by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
-
In The Media10 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59pmby This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
KOTA SAMARAHAN, 9 Mac 2020: Seramai 13 orang staf dari Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM yang diketuai oleh YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) merangkap Pengarah Eksekutif Strategi-UKM telah membuat lawatan ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC). Lawatan penandaarasan ke SQRC ini adalah bagi tujuan perkongsian ilmu dan penambahbaikan terhadap proses kerja sistem sedia ada.
Turut serta semasa lawatan adalah Prof Dr Zaidi Omar, Timbalan Pengarah Eksekutif I Strategi-UKM, Prof Madya Dr Wan Zawiah Wan Zin, Timbalan Pengarah Eksekutif Strategi-UKM, Prof Madya Dr Azlan Shah Zaidi, Timbalan Pengarah Eksekutif II Strategi-UKM, Encik Saidi Ismail, Ketua Penolong Pendaftar Kanan dan Ketua Pentadbiran Strategi-UKM, Puan Zaimi Makhtar, Penolong Pendaftar Kanan Strategi-UKM, Puan Nor Saribon Ramli, Penolong Pendaftar Strategi-UKM serta beberapa orang staf dari Pusat Teknologi Maklumat UKM.
Rombongan turut berkesempatan berkunjung ke konti UNIMAS.fm dan YBhg Prof Dr Norman sempat ditemubual oleh DJ yang bertugas. Selain itu, rombongan juga sempat melawat Muzium Anatomi serta Pusat Simulasi Klinikal di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) sebelum berangkat pulang.
-
Stories02 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59amby This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tarikh: 26 Februari 2020
Hari: Rabu
Tempat: Bilik Mesyuarat TTNCTaklimat Ketua Strategi PTj telah dikendalikan oleh Pengarah SQRC, Prof Dr Tarmiji Masron. Ketua Strategi PTj adalah jawatan pentadbiran yang baharu diwujudkan dan disandang oleh ahli akademik bagi membantu memantapkan lagi strategi fakulti di UNIMAS ke arah kecemerlangan.
-
In The Media05 November 2020 05:00pm - 06 November 2020 05:00pmby This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kota Samarahan, 5 November 2020: Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Dayang Hanani Abang Ibrahim dan Dr Nadianatra Musa dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIMAS atas pelancaran Kiosk Maklumat Masjid Bandaraya Kuching yang telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini.
Kiosk Maklumat Masjid Bandaraya Kuching tersebut dibangunkan oleh kedua-dua pensyarah UNIMAS berkenaan bersama-sama pasukan mereka bagi membantu dalam penambahbaikan perkhidmatan masjid seiring dengan langkah Kerajaan untuk menjadikan teknologi digital sebagai medium pembentangan hasil warisan.
Kiosk Maklumat mengandungi skrin interaktif sesentuh yang mengetengahkan beberapa warisan Sarawak seperti sejarah warisan Masjid Bandaraya Kuching, maklumat mengenai Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Light Box yang menyediakan imbasan kod QR untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Rukun Islam dan Rukun Iman.
Menurut Datuk Abdul Karim, Kiosk Maklumat Masjid Bandaraya Kuching tersebut merupakan sebahagian dari Pelan Strategik Old Kuching Smart Heritage (OKSHe) yang memperkenalkan monument sejarah, kampung warisan, perniagaan warisan dan warisan tebingan sungai Sarawak kepada pelancongan dunia.
Jelas beliau, Kerajaan Negeri akan menerapkan inisiatif yang sama kepada beberapa buah lagi warisan Sarawak lain seperti Rumah Warisan Jalan Masjid, Madrasah Orang Melayu Islam dan banyak lagi.
Dalam pada itu, OKSHe ...