Events Calendar

Thursday 12 November 2020
  • Announcement
    15 November 2019 - 15 November 2020
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    CENTRE FOR ACADEMIC INFORMATION SERVICES (CAIS) (2).jpg

     





  • Announcement
    24 February 2020 - 31 December 2020
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    Kalendar Aktiviti UNIMAS 2020

    Januari 2020

    Bil

    Tarikh Dan Masa

    Tajuk/Nama Aktiviti

    Lokasi

    Perasmi / (VVIP)

     

    1

    3 – 17 Jan

    Service Learning Program UNIMAS-Cornel University-UCTS

    UNIMAS, Long Lamai-Sibu

     

    2

    13 Januari

    MoU Signing between UNIMAS and Phuket Rajabath University

    Bilik Mesyuarat Pejabat NC, Penthouse

    Timbalan Naib Canselor Akademik

    3

    17-19 Jan

    Sukan Asasi Malaysia 2020 (SAM 2020)

    Stadium UNIMAS

    Timbalan Naib Canselor HEPA

    4

    30 -31 Jan

    Pementasan Semarak Pertiwiku

    Istana Budaya, Kuala Lumpur

    SPRM, Malaysia

    Februari 2020

    5

    4 Februari

    Syarahan Perdana Prof Dr Mohd Zulkarnaen – “ A Story of ...





  • Vacancy
    09 November 2020 - 13 November 2020
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    Universiti Malaysia Sarawak mempelawa anda yang berkelayakan, dinamik dan berpandangan jauh untuk mengisi kekosongan jawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelakasana. Pemohon dipelawa untuk mengisi jawatan tersebut secara TETAP/KONTRAK.

     Jawatan Kosong Bil.7/2020

    Bil

    Jawatan

    Kekosongan

    Taraf Jawatan

    1.

    Jurutera, Gred J41

    1

    Tetap

    2.

    Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29

    3

    Tetap

    3.

    Setiausaha Pejabat, Gred N29

    1

    Kontrak

    4.

    Penolong Jurutera, Gred JA29

    1

    Tetap

    5.

    Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19

    5

    Tetap

    6.

    Pembantu Operasi, Gred N11

    2

    Tetap

     

    Tempoh Permohonan : 9 November 2020 – 13 November 2020.  Permohonan hendaklah dibuat ...





  • Announcement
    12 November 2020 - 12 November 2020
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    FPSK Website Banner Info Template.png

     

    Salam sejahtera,

    Yang Berbahagia Dato'/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan yang dihormati,

    Sukacita diumumkan bahawa Prof. Dr. Asri Bin Said telah dilantik sebagai "Ahli Majlis Perubatan Malaysia mewakili IPTA/IPTS".

    Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dr. Asri Bin Said di atas pelantikan tersebut.

    Semoga kejayaan ini memberi suntikan semangat padu untuk terus mendukung misi dan visi UNIMAS ke arah kecemerlangan.

    Sekian, terima kasih.





  • Stories
    08 September 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    BPS2125_1.jpg

     

    Pejabat Naib Canselor (PNC) dan SQRC telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik 2021-2025 UNIMAS di Colosseum 2, Hotel Pullman Kuching pada 3-5 September 2020. Bengkel telah memberi peluang kepada kesemua Ketua Strategik Fokus 1-5 (Strategic Focus Owner 1-5) membentangkan cadangan Strategic Indicator Goal (SIG) masing-masing untuk diperdebat dan dibincangkan.

    Turut melakukan pembentangan adalah Pengurus Besar UHSB dan CEO UBS. Bengkel telah dihadiri Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Bendahari, Pendaftar, Dekan, Pengarah dan Pegawai Pengurusan Kanan P&P. Turut serta ialah Pengerusi LPU dan Pengerusi UHSB.

    BPS2125 2





  • Stories
    17 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    BengkelStrategik.jpg

     

    Tarikhe: 14 Mac 2020, 8.00am-5.00pm
    Hari: Sabtu
    Tempat: Sarawak Chamber, Hotel Riverside Majestic, Kuching.

    Pejabat Naib Canselor dan Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC) telah mengadakan Bengkel Penjajaran Pelan Strategik UNIMAS 2016-2020 & 2021-2025. Seramai 170 peserta terdiri daripada Ketua Strategi PTj, Timbalan-timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Penyelaras Program dan Penyelaras Pascasiswazah dari semua fakulti telah hadir.

    Turut serta ialah Dekan dan Pengarah fakulti terpilih yang tidak dapat hadir pada sesi sebelum ini.

    BengkelStrategik2

    BengkelStrategik3

    Album Bengkel Pelan Strategik UNIMAS [Penjajaran Pelan Strategik 2016-2020 & 2021-2025]





  • In The Media
    28 April 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    theimpactranking20201





  • Announcement
    11 November 2020 08:00am - 18 November 2020 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

    PENTING: Hebahan kepada semua PELAJAR BAHARU UNIMAS: Bantuan Pelan Data RM50 oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

    Sila kemaskini maklumat akaun bank pelajar di sistem estudent. Sila pastikan maklumat akaun bank anda adalah betul dan akaun adalah milik pelajar sendiri.

    Sila kemaskini maklumat akaun bank melalui eStudent di alamat link berikut:

    https://smpweb.unimas.my/eStudent

    Adalah dimaklumkan bahawa fungsi kemaskini akaun bank melalui eStudent ini hanya akan dibuka untuk tempoh bermula 06 -10 November 2020 sahaja. mesti dibuat dengan serta merta/segera.

    Ini Bagi Tujuan Penyaluran RM50 Bantuan Pakej Pelan Data oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

    Sekiranya terdapat masalah berhubung sistem berkenaan, Sdra/i boleh menghubungi pihak CITDS melalui UNIMAS Support (https://support.unimas.my) atau email hotline CITDS (hotline_citds@unimas.my)

    bp 
    Timbalan Pendaftar
    Pusat Khidmat Pelajar





  • Announcement
    28 February 2020 08:00am - 31 December 2022
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    BioMed.jpg

     





  • In The Media
    10 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Pengarah SQRC, YBhg Prof Dr Tarmiji Masron menerima cenderahati daripada YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Cansel

     

    KOTA SAMARAHAN, 9 Mac 2020:  Seramai 13 orang staf dari Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM yang diketuai oleh YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) merangkap Pengarah Eksekutif Strategi-UKM telah membuat lawatan ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC). Lawatan penandaarasan ke SQRC ini adalah bagi tujuan perkongsian ilmu dan penambahbaikan terhadap proses kerja sistem sedia ada.

    Turut serta semasa lawatan adalah Prof Dr Zaidi Omar, Timbalan Pengarah Eksekutif I Strategi-UKM, Prof Madya Dr Wan Zawiah Wan Zin, Timbalan Pengarah Eksekutif Strategi-UKM, Prof Madya Dr Azlan Shah Zaidi, Timbalan Pengarah Eksekutif II Strategi-UKM, Encik Saidi Ismail, Ketua Penolong Pendaftar Kanan dan Ketua Pentadbiran Strategi-UKM, Puan Zaimi Makhtar, Penolong Pendaftar Kanan Strategi-UKM, Puan Nor Saribon Ramli, Penolong Pendaftar Strategi-UKM serta beberapa orang staf dari Pusat Teknologi Maklumat UKM.

    Rombongan turut berkesempatan berkunjung ke konti UNIMAS.fm dan YBhg Prof Dr Norman sempat ditemubual oleh DJ yang bertugas. Selain itu, rombongan juga sempat melawat Muzium Anatomi serta Pusat Simulasi Klinikal di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) sebelum berangkat pulang.

     

    Album Lawatan Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC)





  • Stories
    02 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    taklimat_strategiptj1.jpg

     

    Tarikh: 26 Februari 2020
    Hari: Rabu
    Tempat: Bilik Mesyuarat TTNC

    Taklimat Ketua Strategi PTj telah dikendalikan oleh Pengarah SQRC, Prof Dr Tarmiji Masron. Ketua Strategi PTj adalah jawatan pentadbiran yang baharu diwujudkan dan disandang oleh ahli akademik bagi membantu memantapkan lagi strategi fakulti di UNIMAS ke arah kecemerlangan.

    Album Taklimat Bersama Ketua Strategi PTj





  • Stories
    11 November 2020 08:00am - 12 November 2020
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    shyhsy.png

     

    Program Drama dan Teater, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) telah berjaya menjalankan Sesi Webinar Alumni Series pada 10 November 2020 bersama Encik Mohd Shaiful Izham Haji Abdul Baseht. Encik Saiful Izham merupakan Alumni Program Drama dan Teater, FSGK yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar HEPA 2 di Unit Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar, Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA).

    Sesi yang dijalankan secara atas talian ini telah berlangsung selama 2 jam 45 minit bermula 10.00 pagi dan disertai seramai 102 orang pelajar daripada Program Drama dan Teater sendiri.

    Sesi perkongsian yang dijalankan secara santai dan mesra tersebut turut mengupas tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh para pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan selepas bergelar graduan. En Shaiful Izham mengingatkan para pelajar agar menimba sebanyak boleh ilmu pengalaman dan kemahiran semasa di UNIMAS untuk mereka terus memajukan diri tidak kira apa jua bidang pekerjaan yang menanti.

    Program Drama dan Teater percaya bahawa stuktur kurikulum yang sedia ada mampu melahirkan graduan yang holistik dengan sikap yang merendah diri. Encik Shaiful Izham merupakan antara bukti kebolehpasaran graduan program ini.

    Setinggi penghargaan dan terima kasih buat buat panel jemputan atas kesudian untuk berkongsi pengalaman dan nasihat beliau kepada para peserta ...





Demo