Events Calendar

Download as iCal file
Penduduk Kampung Sinaran Jaya dan Tanjung Parang gembira dapat vaksinasi
Thursday 01 July 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 884
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-07-01 at 15.45.07.jpeg

“Bersyukur..” Penduduk dari dua buah kampung di Kota Samarahan iaitu Kampung Sinaran Jaya dan Kampung Tanjung Parang melahirkan rasa kesyukuran dan gembira kerana telah menerima suntikan vaksin di PPV IPT UNIMAS, kelmarin.

WhatsApp Image 2021 07 01 at 15.45.07

WhatsApp Image 2021 07 01 at 15.45.08

Bayan bin Eli, 73, dan Onah bte Jusman, 55, dari Kampung Sinaran Jaya serta Suleiman bin Sulaiman, 77, dari Kampung Tanjung Parang, adalah antara penerima suntikan dos pertama bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang penduduk dua buah kampung berkenaan.

Onah Jusman meluahkan rasa penghargaan kepada pihak pengurusan PPV IPT UNIMAS atas kerjasama dan bantuan sepanjang proses vaksinasi dilakukan.

Beliau menjelaskan tidak menghadapi sebarang kesulitan untuk mendapatkan kerjasama daripada sukarelawan bertugas serta proses vaksinasi sepenuhnya berjalan dalam tempoh yang singkat.

Bayan Eli juga bersyukur kerana mendapat vaksinasi dan menurutnya keseluruhan proses tidak mengambil masa yang panjang.

“Saya datang ke UNIMAS pada jam 9 pagi dan segala urusan untuk vaksinasi termasuk proses menunggu di ruang Arena Gemilang adalah cepat. Terima kasih UNIMAS atas segala bantuan yang diberikan,” katanya lagi.

Manakala Suleiman Sulaiman menjelaskan beliau bersama-sama dengan penduduk kampung Tanjung Parang telah dibawa menggunakan perkhidmatan bas UNIMAS untuk ke pusat vaksinasi berkenaan.

Beliau berkata, sepanjang perjalanan, mereka telah mengikuti sepenuhnya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bermula dari menaiki bas, duduk di tempat yang dibenarkan di dalam bas, dan seterusnya semasa di PPV, mereka dibantu oleh sukarelawan bertugas untuk proses seterusnya.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sekali dan terima kasih kepada UNIMAS,”katanya lagi.

WhatsApp Image 2021 07 01 at 15.44.40

 

WhatsApp Image 2021 07 01 at 15.44.41

 

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo