Events Calendar

Download as iCal file
Arena Gemilang sebagai tempat penerima vaksin
Wednesday 23 June 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1754
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-06-23 at 14.55.40.jpeg

“Fungsi sementara...” lebih 600 buah kerusi disediakan di dalam Dewan Arena Gemilang DeTAR PUTRA untuk menempatkan penerima vaksin yang mempunyai temujanji di PPV IPT UNIMAS.

Dewan Arena Gemilang di DeTAR PUTRA UNIMAS selama ini sinonim dengan majlis konvokesyen UNIMAS. DeTAR yang sebelum ini menyaksikan barisan graduan-graduan UNIMAS yang menerima ijazah masing-masing, kini bertukar fungsi sementara sebagai lokasi menunggu bagi penerima vaksin di PPV IPT UNIMAS.

PPV IPT UNIMAS telah bermula sejak 14 Jun lepas dengan permulaan 1,000 penerima vaksin jenis Sinovac sehari, sebelum jumlah penerima vaksin dinaikkan sebanyak 5000 orang menjadikan Universiti ini sebagai PPV mega di negeri ini.

Dengan jumlah penerima vaksin yang tinggi bagi sebuah PPV mega, maka keperluan kemudahan ruang bagi menampung kepadatan jumlah penerima yang hadir dalam temujanji vaksin adalah diperlukan untuk keselesaan semua.

Oleh itu, Dewan Arena Gemilang bertukar wajah sementara ini menjadi dewan menunggu penerima vaksin, namun satu hal yang pasti, dewan ini tetap akan kembali dengan fungsi utamanya sebagai lokasi bagi majlis bersejarah konvokesyen UNIMAS akan datang.

#PPVIPTUNIMAS

 
Attachment(s):
 
 
Demo