Events Calendar

Download as iCal file
Penutup Lebaran 2021: Raya di perantauan sejauh 25 kilometer
Thursday 03 June 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 808
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
rayalast1.jpg

“Pengalaman manis...” meskipun kampung halaman hanya sejauh 25 kilometer dari kampus induk UNIMAS, namun salah seorang pelajar tahun tiga program senibina, Fakulti Alam Bina, Siti Zulaikha Ismail, akur dengan keputusan Universiti yang tidak membenarkan pelajar kembali ke kampung halaman sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Siti Zulaikha yang berasal dari Taman Matang Jaya Kuching percaya keputusan UNIMAS tersebut adalah untuk keselamatan pelajar termasuk dirinya sendiri dalam usaha mengelak penularan risiko jangkitan COVID-19.

“Memanglah sedih kerana tidak dapat bersama keluarga semasa hari raya tetapi untuk keselamatan ramai termasuk diri sendiri, saya  percaya ia adalah keputusan yang wajar diambil oleh UNIMAS terutama pada keadaan yang berisiko seperti sekarang ini,” katanya.

Anak kedua dari lima beradik ini bagaimanapun berkata semasa pagi raya, beliau dan rakan-rakan memasak juadah hari raya dan juadah tradisi negeri masing-masing secara ala kadar.

 “Ia satu pengalaman baru yang menarik dan tidak mungkin saya lupakan. Ia mengajar saya lebih berdikari dan bersabar dengan segala cabaran,” katanya.

Beliau berkata, setiap hari beliau akan berhubung dengan keluarga menerusi panggilan video dan telefon selain keluarga juga telah menghantar kiriman kuih-muih dan biskut raya kepada beliau untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan lain.

 
Attachment(s):
 
 
Demo