Events Calendar

Download as iCal file
Webinar Alumni Series Program Drama & Teater, FSGK
Wednesday 11 November 2020, 08:00am
To Thursday 12 November 2020
Hits : 1658
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
shyhsy.png

Program Drama dan Teater, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) telah berjaya menjalankan Sesi Webinar Alumni Series pada 10 November 2020 bersama Encik Mohd Shaiful Izham Haji Abdul Baseht. Encik Saiful Izham merupakan Alumni Program Drama dan Teater, FSGK yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar HEPA 2 di Unit Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar, Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA).

Sesi yang dijalankan secara atas talian ini telah berlangsung selama 2 jam 45 minit bermula 10.00 pagi dan disertai seramai 102 orang pelajar daripada Program Drama dan Teater sendiri.

Sesi perkongsian yang dijalankan secara santai dan mesra tersebut turut mengupas tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh para pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan selepas bergelar graduan. En Shaiful Izham mengingatkan para pelajar agar menimba sebanyak boleh ilmu pengalaman dan kemahiran semasa di UNIMAS untuk mereka terus memajukan diri tidak kira apa jua bidang pekerjaan yang menanti.

Program Drama dan Teater percaya bahawa stuktur kurikulum yang sedia ada mampu melahirkan graduan yang holistik dengan sikap yang merendah diri. Encik Shaiful Izham merupakan antara bukti kebolehpasaran graduan program ini.

Setinggi penghargaan dan terima kasih buat buat panel jemputan atas kesudian untuk berkongsi pengalaman dan nasihat beliau kepada para peserta. Budi bicara, jasa baik dan kerjasama En Shaiful Izham amat Program Drama dan Teater hargai. UNIMAS GEMILANG!

 
Attachment(s):
 
 
Demo