Events Calendar

Download as iCal file
KENYATAAN RASMI TINDAKAN MEMPERKETATKAN PERGERAKAN KELUAR MASUK KAMPUS UNIMAS BAGI MENGELAKKAN PENULARAN WABAK COVID-19
Friday 30 October 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1641
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
rsz_kenyataan_media_unimas_15102020-page-001.jpg

UNIMAS memandang serius peningkatan kes penularan jangkitan COVID-19 di Sarawak bersandarkan kepada laporan-laporan terkini daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Sehubungan itu, dalam usaha untuk mengawal wabak berkenaan daripada menular ke dalam kampus, UNIMAS akan melaksanakan tindakan-tindakan segera seperti berikut:

  1. Tarikh akhir bagi pelajar berkeperluan (B40 UNIMAS dan masalah capaian internet SAHAJA) yang telah memohon secara rasmi melalui permohonan atas talian dan telah diluluskan masuk ke kolej kediaman adalah pada 15 November 2020. Sebarang permohonan untuk masuk ke kolej selepas tarikh ini tidak akan diluluskan.
  2. Sebarang permohonan untuk masuk ke kampus bagi aktiviti makmal dan Projek Tahun Akhir selain kes yang melibatkan urusan kecemasan adalah ditangguhkan mulai 1 November 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan nanti.
  3. Semua bengkel, forum, dan lain-lain aktiviti yang melibatkan perhimpunan secara fizikal dan bersemuka atas apa keperluan dan kapasiti sekalipun ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan nanti.

Keputusan ini dibuat bagi meningkatkan tahap pengurusan dan memastikan kawalan keselamatan seluruh warga kampus UNIMAS dibuat secara cekap, tepat, dan teratur. Pelajar dan staf dipohon untuk sentiasa peka dengan perubahan arahan yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa seiring dengan situasi terkini yang bersifat dinamik.

Sebarang pertanyaan berkaitan pergerakan masuk kampus boleh diajukan kepada Pusat Khidmat Pelajar di talian 082-581823 / 082-581857 / 082-581858.

UNIMAS amat berterima kasih atas keprihatinan dan kerjasama semua pihak dalam menangani penularan wabak COVID-19.

JAWATANKUASA COVID-19 UNIMAS
29 OKTOBER 2020

 
Attachment(s):
 
 
Demo