Events Calendar

Download as iCal file
KENYATAAN RASMI PENGGUNAAN BLOK Q, R, DAN S KOLEJ RAFFLESIA, UNIMAS, SEBAGAI PUSAT KUARANTIN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Friday 30 October 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2711
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
rsz_1rsz_0001.jpg

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ingin memaklumkan bahawa atas keperluan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), UNIMAS telah diminta untuk membantu menyediakan pusat kuarantin bagi menempatkan orang awam yang akan menjalani kuarantin wajib seperti mana ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk tujuan berkenaan, Blok Q, R, dan S Kolej Rafflesia akan digunakan sebagai Pusat Kuarantin dan akan menempatkan petugas dari pelbagai agensi. Manakala sebuah apartmen di Aras G Blok P akan digunakan oleh petugas bukan kesihatan untuk urusan pentadbiran.

Pihak pengurusan kolej kediaman telah mengambil langkah memindahkan semua pelajar yang berada di blok-blok berkenaan ke blok/apartmen lain yang berasingan untuk memastikan aspek keselamatan dapat diuruskan oleh pihak UNIMAS dengan lebih teratur. Besi penghadang akan dipasang di lokasi tertentu di antara blok-blok yang dikhususkan sebagai pusat kuarantin dengan blok-blok kolej kediaman pelajar.

Pelajar dan staf UNIMAS TIDAK DIBENARKAN untuk melintasi atau memasuki kawasan kuarantin berkenaan. Kawasan berkenaan akan dikawal ketat oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Orang awam (yang akan menjalani kuarantin) dan petugas dari pelbagai agensi akan menggunakan pintu masuk yang berasingan iaitu dari pintu sebelah belakang kolej. Pergerakan untuk staf dan pelajar UNIMAS adalah melalui pintu utama, dengan menggunapakai tatacara sedia ada.

Sehubungan dengan itu, warga UNIMAS diminta untuk ambil maklum akan ketetapan ini dan tidak merasa khuatir dengan kehadiran petugas dari pelbagai agensi di sekitar
premis Kolej Rafflesia bermula 2 November 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh JPBNS dan MKN. UNIMAS akan sentiasa mengambil langkah terbaik untuk memastikan keselamatan dan keselesaan warganya.

UNIMAS amat berterima kasih atas keprihatinan dan kerjasama semua pihak dalam menangani penularan wabak COVID-19.

JAWATANKUASA COVID-19 UNIMAS
29 OKTOBER 2020

 
Attachment(s):
 
 
Demo