Events Calendar

Download as iCal file
MASNITA MANIS dilancar bagi urus pentadbiran ahli
Friday 21 August 2020, 03:00pm - 05:00pm
Hits : 1765
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
AGM MASNITA2.jpg

AGM MASNITA1AGM MASNITA3

masnita10AGM MASNITA4

AGM MASNITA7AGM MASNITA5

AGM MASNITA8AGM MASNITA9

KOTA SAMARAHAN, 21 Ogos 2020: Setiap individu memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan organisasi dan persatuan, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, semasa berucap menghadiri Mesyuarat Agung Pertubuhan MASNITA yang ke-18, hari ini.

Naib Canselor berkata, organisasi dan persatuan, tidak akan berjaya jika terdapat individu sebagai ahli di dalamnya, enggan untuk bekerjasama dengan individu lain kerana merasakan diri mereka mampu melakukan pekerjaan secara berseorangan.

Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim juga menjadikan contoh apa yang berlaku semasa pandemik Covid-19, yang melihat semua pihak di seluruh dunia telah bersama-sama menghulurkan tangan, bekerjasama dan membantu satu sama lain tanpa mengira perbezaan agama, pangkat dan sebagainya.

“Pandemik Covid-19 boleh dijadikan tauladan kepada ahli-ahli organisasi dan persatuan di mana kita menyedari dalam apa jua perkara, kerjasama adalah penting jika mahu mencapai kejayaan di masa hadapan.

“Tanpa kerjasama di antara satu sama lain, sudah pasti usaha untuk mencapai sesuatu adalah menjadi mustahil,” kata Naib Canselor lagi.

Beliau turut memuji MASNITA kerana telah menunjukkan kesepakatan dan kesepaduan di kalangan ahli-ahli menerusi aktiviti-aktiviti yang diadakan selama ini dan berharap MASNITA dapat menjadi contoh kepada persatuan-persatuan lain serta mengalakkan staf wanita UNIMAS untuk berkecimpung dan menyertai MASNITA di masa akan datang.

Dalam majlis yang sama, Naib Canselor turut melancarkan perasmian MASNITA Management Information System (MANIS), iaitu aplikasi yang dibangunkan sepenuhnya oleh UNIMAS, untuk menyimpan rekod keahlian pertubuhan MASNITA.

MASNITA adalah Pertubuhan yang pertama sekali di UNIMAS menggunakan applikasi REKA iaitu aplikasi proprietari yang dikembangkan oleh Pusat Pembangunan Dan Khidmat Teknologi Maklumat (CITDS).

Sistem MANIS ini direka bagi membantu pembangunan sistem yang lebih pantas, fleksibel dan modular. MANIS telah diadaptasi mengikut pengurusan atau aliran kerja MASNITA.

Selepas pelancaran, MASNITA telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-18 dan penyerahan saguhati kepada anak-anak ahli MASNITA yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2019.

Hadir sama di dalam majlis pelancaran MANIS dan juga Mesyuarat Agung Tahunan MASNITA ialah Yang Di-Pertua MASNITA, Datin Kartini Ahmad, Ahli Jawatankuasa (AJK) dan ahli-ahli MASNITA lain.

Sempena Majlis perasmian ini juga YBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor UNIMAS turut memberi sumbangan peribadi sebanyak RM5000.00 kepada MASNITA.

 
Attachment(s):
 
 
Demo