Events Calendar
Sempena Mesyuarat Agung Pertubuhan MASNITA yang ke-18 pada 21 Ogos 2020, MASNITA telah merasmikan sistem baharu untuk menyimpan rekod keahlian Pertubuhan MASNITA. Sistem baharu ini dinamakan MASNITA Management Information System (MASNITA MANIS). Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor UNIMAS.
MASNITA adalah Pertubuhan yang pertama sekali di UNIMAS menggunakan aplikasi REKA iaitu aplikasi proprietari yang dikembangkan oleh Pusat Pembangunan Dan Khidmat Teknologi Maklumat (CITDS). Sistem ini direka bagi membantu pembangunan sistem yang lebih pantas, fleksibel dan modular. MANIS telah diadaptasi mengikut pengurusan atau aliran kerja MASNITA. Syabas dan tahniah diucapkan kepada CITDS dan MASNITA di atas kolaborasi ini.
Sempena Majlis perasmian ini juga YBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor UNIMAS turut memberi sumbangan peribadi sebanyak RM5000.00 kepada MASNITA. Beliau turut memberi galakkan kepada staf wanita UNIMAS untuk berkecimpung dan menyertai MASNITA di masa akan datang.