Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS raikan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020
Tuesday 28 July 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1888
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
merdeka202.jpg

merdeka201merdeka203

KOTA SAMARAHAN, 28 Julai 2020 : Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020, telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi.

Sejajar dengan itu, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tidak ketinggalan untuk bersama-sama agensi kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain, bagi meraikan dan memeriahkan program berkenaan.

Majlis pelancaran dan kempen kibar jalur gemilang peringkat UNIMAS telah diadakan secara sederhana di Dataran Canselori, dengan disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Dr Kamaruddin Kana, pagi tadi.

Dalam ucapan ringkas, Profesor Dr Kamaruddin menasihati warga UNIMAS supaya terus mengukuhkan perpaduan dan keharmonian dengan terus menjalinkan kerjasama yang utuh setiap masa.

“ Marilah kita terus bekerjasama dan mengekalkan kemerdekaan negara kita. Ia adalah anugerah yang harus kita pertahankan meskipun dalam norma baru kehidupan,” katanya.

Selain itu, beliau menambah, tema ‘Malaysia Prihatin’ menunjukkan keprihatinan Kerajaan kepada nasib rakyat terutama semasa pandemik Covid-19 sekarang ini.

Kerana itu, katanya, penting juga kepada warga UNIMAS untuk terus meningkatkan patriotisme yang bukan sahaja menghasilkan rasa cinta dan hormat terhadap tanah air tetapi juga rasa kepunyaan yang membawa kebersamaan.

Sementara itu, majlis pagi tadi dimulakan dengan bacaan doa dari Al-Fadzil Ustaz Muktar Muhmad dan juga dilakukan perarakan Jalur Gemilang oleh tujuh pegawai Polis Bantuan UNIMAS diketuai oleh SM Richard ak Tayak.

Seterusnya, Profesor Dr Kamaruddin Kana dan warga UNIMAS yang hadir dalam bilangan terhad bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) turut menyaksikan majlis menaikkan Jalur Gemilang yang diiringi dengan lagu Negaraku.

 
Attachment(s):
 
 
Demo