Events Calendar

Download as iCal file
KENYATAAN RASMI : PENANGGUHAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PRA UNIVERSITI SESI 2020/2021
Friday 24 July 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3690
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
KENYATAAN RASMI
PENANGGUHAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PRA UNIVERSITI SESI 2020/2021
 
Pusat Pengajian Pra Universiti UNIMAS ingin memaklumkan bahawa tarikh kemasukan para pelajar baharu sesi 2020/2021 yang dijadualkan bermula pada  1 Ogos 2020 kini ditangguhkan  ke 1 September 2020.
Keputusan ini dibuat demi memastikan kebajikan serta keselamatan pelajar adalah pada tahap yang optimum memandangkan Kota Samarahan dan Kuching mengalami peningkatan kes baharu COVID-19. Perkara ini juga adalah selaras dengan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini.
Para pelajar baharu Pra Universiti seramai 845 orang dari seluruh Malaysia telah melalui sesi Minggu Aluan Pelajar secara atas talian pada 20-23 Julai 2020 dengan jayanya. Ini akan diikuti dengan minggu pengenalan eLearning pada     27-30 Julai yang juga akan dijalankan sepenuhnya secara atas talian. 
Sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian sepenuhnya akan bermula pada 3 Ogos 2020 manakala sesi amali secara bersemuka akan bermula pada minggu kedua bulan September 2020.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Pengajian Pra Universiti UNIMAS menerusi emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau dengan menghubungi nombor 082-582331/ 082-582332/082-582333 (pada waktu bekerja  Isnin-Jumaat, 8.00 pagi-5.00 petang).
 
UNIMAS Global
24 JULAI 2020
 
Attachment(s):
 
 
Demo