Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Makan Malam MASNITA 2020 - Rock With MASNITA Dinner!
Tuesday 21 January 2020, 08:00am
Hits : 2061
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MASNITA_Dinner_News.jpg

Assalamualaikum WBT & Salam Hormat,

YBhg Tan Sri/Datuk/Dato'/Datu/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) akan mengadakan Majlis Makan Malam seperti butiran berikut:-

Majlis Makan Malam MASNITA
'Rock With MASNITA Dinner'
Tema : Rock & Roll
Tarikh : 14 Mac 2020 (Sabtu)
Tempat : Pullman Hotel, Kuching
Tiket : RM100.00 seorang
Bagi ahli MASNITA (diskaun 50% diberi subsidi oleh MASNITA)

Majlis ini merupakan salah satu daripada agenda tanggungjawab sosial MASNITA terhadap pembangunan wanita dan komuniti setempat. Aktiviti ini diharap dapat memberi impak positif dengan meningkatkan lagi visibiliti MASNITA serta dapat mengeratkan tali silaturahim di kalangan ahli MASNITA dan yang belum menjadi ahli lagi, serta komuniti setempat di samping berhibur.

Majlis ini terhad kepada WANITA sahaja. Dengan itu, MASNITA mengalu-alukan semua WANITA, tidak kira ahli MASNITA ataupun bukan, termasuklah orang luar untuk sama-sama hadir ke majlis ini.

Sebarang pertanyaan berhubung majlis ini boleh dimajukan kepada pihak Jawatankuasa Penjualan Tiket seperti yang tersenarai di bawah,

1. Puan Saptuyah Mahmud (Ext: 1065 / Hp: 013-806 1777)
2. Puan Sharifah Mariawati Wan Kassim (Ext: 1145 / Hp: 017-850 0673)
3. Puan Masjiah Majidi (Ext: 3909 / Hp: 012-886 1615)
4. Puan Dayang Rahayu Abang Alli (Hp: 012-519 6487)

Tarikh akhir untuk pembayaran tiket bagi majlis ini adalah selewat-lewatnya sebelum 25 Februari 2020.

 
Attachment(s):
 
 
Demo