Events Calendar

Download as iCal file
Festival Sukan Staf Piala Naib Canselor UNIMAS 2019 Meriah, Sukan Dodgeball Jadi Tumpuan
Saturday 16 November 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1167
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Dodgeball.JPG

Kota Samarahan, 14 November 2019: Festival Sukan Staf Piala Naib Canselor UNIMAS 2019 telah melabuhkan tirainya pada Khamis lepas telah menyaksikan kemeriahan sambutan dan sokongan padu pasukan yang bertanding. Acara sukan yang dipertandingkan adalah sukan futsal lelaki, bola jaring wanita, sepak takraw, dodgeball lelaki, dodgeball wanita, badminton dan sukan rakyak (tating lawi, lari dalam guni, tayar golek, terompah gergasi lelaki dan terompah gergasi wanita). Festival ini adalah anjuran Pusat Sukan UNIMAS. Penyertaan pasukan-pasukan yang bertanding pada kali ini juga amat menggalakkan dalam semua sukan yang dipertandingkan bermula pada 6,7,13 dan 14 November 2019 bertempat di Komplek Sukan UNIMAS.

Pengarah Pusat Sukan UNIMAS, Prof Dr Azhaili bin Baharun berkata, penganjuran festival kali ini telah mencapai objektifnya apabila ramai ketua-ketua PTj yang turut terlibat sebagai peserta untuk pasukan masing-masing. Kemenangan bukanlah sasaran utama tetapi penglibatan semua staf, semangat kesukanan dan berpasukan telah mengeratkan tali silaturrahim dalam kalangan peserta dan pasukan lawan. Pusat Sukan juga turut memperkenalkan sukan dodgeball sebagai sukan baru yang boleh dimain untuk tujuan riadah atau pertandingan. Arena Badminton, Komplek Sukan menjadi gegak gempita dengan sorakan dan sokongan penyokong setiap kali acara sukan dimulakan terutamanya sukan rakyat.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Prof. Dr Azhaili Baharun, Pengarah Pusat Sukan UNIMAS. Pasukan Bahagian Keselamatan telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan, Naib Johan pasukan BHEPA dan di Tempat Ke-3 adalah Pasukan PRA-SIS. Festival Sukan Staf Piala Naib Canselor UNIMAS akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga UNIMAS.

Disediakan oleh:

Hardy bin Suntol (Unit Latihan & Media, Pusat Sukan UNIMAS)

 
Attachment(s):
 
 
Demo