Events Calendar

Download as iCal file
CAIS menganjurkan Seminar Kepustakawanan 2019
Wednesday 18 September 2019
Hits : 1575
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Seminar.jpg

12 September 2019, Kuching - Seminar Kepustakawanan 2019 yang berlangsung selama dua (2) hari bermula semalam dan hari ini anjuran Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Maizan binti Ismail, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia bertempat di Balai Merdeka Aras 3, Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak. Dalam ucapan beliau menyatakan seminar ini merupakan platform terbaik terutama kepada para profesional maklumat untuk terus mewujudkan perkongsian pintar,  berkolaborasi dan memberi nilai tambah  ke arah amalan terbaik serta ilmu baharu kepustakawanan agar terus relevan demi memenuhi keperluan pengguna dan masyarakat umumnya. Turut hadir bagi menyampaikan ucapan aluan adalah Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaysia Sarawak (Penyelidikan & Inovasi) Prof. Dr Wan Hashim Wan Ibrahim mewakili Naib Canselor UNIMAS. "Tema Seminar Kepustakawanan 2019 dilihat diiring  dengan hala tuju UNIMAS iaitu 'Nurturing Future Graduate,  Strengthening Teaching Excellence, Enhancing Student Experience ' yang juga memfokuskan kepada komuniti UNIMAS  dan juga kepada masyarakat  sekeliling. Memperkasakan masyarakat  dalam ruang lingkup Universiti  yang penuh maklumat, memerlukan penglibatan, komitment padu  semua warga universiti" kata beliau dalam ucapan aluannya.

Seminar bertemakan 'Memanusiakan Maklumat, Memperkasakan Masyarakat' ini memfokuskan kepada tiga (3) perkara berikut:

  1. Pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam Perpustakaan/Pusat Maklumat;
  2. Keterlibatan Perpustakaan dengan masyarakat;dan
  3. Kolaborasi pintar mendepani cabaran.
  4. Kepuasan Pelanggan Keutamaan Perkhidmatan

Seminar ini telah dihadiri seramai 86 orang termasuk 15 orang pembentang kertas kerja.

 
Attachment(s):
 
 
Demo