Events Calendar

Download as iCal file
Bersatu dalam menjalankan ibadah korban
Wednesday 14 August 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1131
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
aset1.jpg

aset3aset4

aset5aset5aset6

KOTA SAMARAHAN, 14 Ogos 2019 : “Kerjasama dalam beribadah...” lima ekor lembu dikorbankan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan, Unit Pengangkutan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Aktiviti penyembelihan lembu telah dilakukan di kawasan parkir Unit Pengangkutan di kampus timur UNIMAS bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Daging-daging lembu yang dikorbankan telah diagih kepada golongan-golongan asnaf sekitar Kota Samarahan.

Acara ini merupakan kali kedua diadakan dan kutipan diperolehi daripada ahli-ahli kelab-kelab yang terdiri daripada para pemandu, staf pentadbiran serta staf dari PTJ UNIMAS lain, yang turut sama mengambil bahagian dalam ibadah korban 2019.  

Pengagihan daging korban telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah, Unit Pengangkutan, Pejabat Pembangunan, En Hafiz Aizat bin Ali.

 

 

Artikel dan foto oleh : Awang Zamri bin Awang Ahmad

 
Attachment(s):
 
 
Demo