Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS peruntukkan RM1 juta untuk ganti aset pengangkutan uzur
Wednesday 14 August 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1673
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
VAN4.jpg

van1van2

van3VAN5

 

KOTA SAMARAHAN, 14 Ogos 2019: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengeluarkan perbelanjaan lebih kurang RM1 juta dari bajet Universiti bagi pembelian lima buah Nissan Urvan dan satu buah kereta jenis Hyundai Grand Starex untuk kemudahan dan keselesaan pelajar dan tetamu Universiti.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, pembelian kenderaan-kenderaan tersebut juga sebagai mengantikan beberapa aset-aset pengangkutan Universiti yang telah berada dalam keadaan uzur dan perlu diganti.

Oleh itu, jelas beliau, demi keselamatan dan keselesaan pelajar terutama untuk pelajar melakukan aktiviti di luar Universiti, adalah lebih baik jika aset-aset pengangkutan yang telah uzur tersebut diganti dengan pengangkutan yang lebih ekonomi, selesa dan selamat.

“ Adalah menjadi tanggungjawab dan keutamaan UNIMAS untuk memastikan kemudahan pelajar dipertingkatkan malah kita melihat van mini lebih menjimatkan perbelanjaan kerana selalunya pelajar yang melakukan aktiviti di luar adalah secara berkumpulan kecil dan pengunaan bas bagi kumpulan kecil ini sudah pastinya mengeluarkan perbelanjaan yang lebih,” katanya sambil menambah jumlah kecil pelajar sesuai dengan Nissan Urvan dengan kapasiti 14 tempat duduk.

Naib Canselor berkata, manakala kenderaan Hyundai Grand Starex akan digunakan untuk pengangkutan tetamu kenamaan dan juga pegawai-pegawai kementeriaan yang sering dijemput datang menghadiri majlis-majlis UNIMAS.

Beliau turut menasihati dan memohon kerjasama pelajar dan kakitangan UNIMAS supaya menjaga kemudahan dan aset-aset UNIMAS dengan baik dan cermat.

Dalam pada itu, simbolik penyerahan kunci kenderaan Nissan Urvan dan Hyundai Grand Starex telah disempurnakan oleh Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim kepada Penolong Pengarah Unit Pengangkutan, Pejabat Pembangunan UNIMAS, Encik Hafiz Aizat bin Ali di hadapan Dewan Tunku Abdul Rahman PUTRA (DeTAR PUTRA) kelmarin.

Pada masa sama, Naib Canselor turut menyempurnakan pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat UNIMAS dengan mengibarkan jalur gemilang di hadapan DeTAR PUTRA bersama-sama para hadirin yang hadir.

 
Attachment(s):
 
 
Demo