Events Calendar

Download as iCal file
Konvensyen Pentadbir UNIMAS 2019 (16 - 18 Ogos 2019)
Tuesday 13 August 2019, 08:00am
Hits : 1242
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
KonvensyenPentadbir.png

Kota Samarahan, 13 Ogos 2019 – Buat julung kali dengan berbaki tiga hari lagi, 150 orang Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan berkampung di Hotel Sri Simanggang, Sri Aman untuk menyertai Konvensyen Pentadbir UNIMAS 2019.

Konvensyen tersebut yang diadakan selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Ogos ini merupakan anjuran Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar UNIMAS.

Antara objektif penganjuran konvesyen ini adalah untuk menghimpunkan barisan pegawai P&P UNIMAS dengan tujuan meningkatkan kerjasama dalam kalangan pegawai-pegawai Universiti ini.

Selain itu, konvesyen ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada usaha untuk meningkatkan penyampaian aspirasi dan perancangan Universiti di antara Pengurusan UNIMAS dan pegawai P&P UNIMAS. Ia juga diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman pegawai P&P kepada kepentingan fungsi dan peranan P&P di dalam menjayakan pelan strategik UNIMAS serta membuka peluang kepada P&P untuk mengetengahkan input dalam merangka tindakan bersama yang signifikan dengan peranan pegawai P&P dalam pelaksanaan Pelan Strategik UNIMAS sedia ada dan bagi tujuan persediaan kepada Pelan Strategik Universiti yang seterusnya.

Antara program sampingan semasa konvesyen ini diadakan ialah Program Jalinan Komuniti di salah sebuah sekolah di bahagian tersebut bagi memupuk semangat kebersamaan UNIMAS bersama komuniti setempat.

Turut dijangka menyertai Konvensyen Pentadbir UNIMAS 2019 ialah Pengurusan Tertinggi UNIMAS yang juga akan terlibat dalam beberapa sesi sepanjang konvensyen berlangsung nanti.

JK MEDIA DAN PUBLISITI, KONVENSYEN PENTADBIR UNIMAS 2019

 
Attachment(s):
 
 
Demo