Events Calendar

Download as iCal file
LAWATAN DELEGASI UNIVERSITI THAKSIN, THAILAND KE UNIMAS, SARAWAK
Thursday 08 August 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1463
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Thaksin 2.jpg

Pada 3 sehingga 7 Ogos 2019 yang lalu, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menerima kunjungan daripada delegasi Universiti Thaksin yang diketuai oleh Naib Presiden Bahagian Pentadbiran dan Hal Ehwal Pelajar Universiti Thaksin, Thailand, Prof. Madya Phaibun Daungchan. Rombongan seramai 41 orang yang terdiri daripada pegawai dan pelajar Universiti Thaksin tersebut datang ke Sarawak untuk lawatan ke UNIMAS dan kawasan-kawasan menarik di sekitar Kuching, Sarawak.

Pada hari kedua mereka di sini, rombongan ini telah dibawa melawat sekitar Kota Samarahan dan berjalan-jalan di sekitar UNIMAS. Pada sebelah petang telah diadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara pelajar Universiti Thaksin dan pasukan gabungan pelajar dan staf UNIMAS yang menyaksikan pasukan Universiti Thaksin menang dengan jaringan 4-0. Di sebelah malam pula, rombongan ini diraikan dengan jemputan makan malam yang telah diadakan di Dewan Delima, DeTAR, UNIMAS. Antara aktiviti yang diadakan pada majlis tersebut ialah pertukaran cenderamata, persembahan seni bela diri Thailand dan persembahan nyanyian daripada pihak kebudayaan.

Rombongan ini seterusnya dibawa melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Kuching dan Samarahan pada hari ke-3 dan ke-4 lawatan tersebut. Antara tempat-tempat menarik yang telah dilawati oleh mereka sepanjang lima hari mereka berada di sini ialah Kampung Budaya Sarawak, Taman Hidupan Liar Semenggok, Muzium Tekstil, Taman Orkid, Muzium Kuching dan mereka turut dibawa menaiki Sarawak River Cruise untuk menikmati keindahan sungai Sarawak dan perkampungan di sepanjang tebingan Kuching.

Lawatan seumpama ini sememangnya amat penting dalam mengeratkan silaturahim antara dua negara iaitu Malaysia dan Thailand di samping memperkenalkan lagi budaya kita terutamanya budaya Sarawak ke dunia luar. Diharapkan hubungan baik yang terjalin dapat dieratkan lagi dan program-program seumpama ini dapat terus dijalankan lagi di masa-masa yang akan datang.

 
Attachment(s):
 
 
Demo