Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS Melalui Team Medic (FPSK) Memenangi Anugerah Emas untuk Konvensyen Team Excellence 2019 Peringkat Wilayah Sarawak dan Sabah (RTEx) 2019
Tuesday 06 August 2019
Hits : 1942
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1.jpg

Konvensyen Team Excellence yang dianjurkan pada 24 dan 25 Julai 2019, merupakan salah satu program yang dianjurkan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bertujuan untuk mengukuhkan lagi budaya kreativiti dan inovasi di dalam sesebuah organisasi. Ia adalah platform yang disediakan supaya warga organisasi yang mempunyai idea kreatif mentransformasikan idea tersebut dan berkongsi maklumat dengan organisasi yang lain.

Konvensyen selama 2 hari ini dihadiri oleh 38 organisasi awam dan swasta dari seluruh negara dihadiri seramai 480 peserta dengan penglibatan 47 kumpulan projek telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melalui Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak, Malcolm Mussen Lamoh. Menurut MPC, kesemua 38 organisasi berjaya melakukan penjimatan dan pengurangan kos operasi sebanyak 169.4 juta keseluruhannya.

UNIMAS diwakili oleh 5 orang peserta iaitu Team Medic dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) yang terdiri daripada Mohamad Iswandy Ibrahim, Munirah Sa’adi, Herlina Patrick Kukut, Yumizal Juan dan Willy Kuchop dengan inovasi bertajuk “Nematodes Isolator Apparatus (NIA)©” telah mendapat Anugerah Emas di peringkat wilayah (RTEx) yang diadakan di Hotel Pullman, Miri.

Kumpulan yang mendapat Anugerah Emas di peringkat wilayah ini bakal dipilih untuk bertanding ke peringkat kebangsaan iaitu Persidangan Produktiviti dan Inovasi (APIC) yang akan dilansungkan di Selangor pada 5 hingga 7 November akan datang.

 

Laporan disediakan oleh Mohamad Iswandy Ibrahim.

 

 

2

 
Attachment(s):
 
 
Demo