Events Calendar

Download as iCal file
Pensyarah UNIMAS terpilih mendapat geran dari YPOMNM
Thursday 13 June 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3095
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
yayasan geran pix1.jpg

KOTA SAMARAHAN, 13 Jun 2019 : Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak, Professor Dr. Anselm Su Ting telah berjaya mendapat geran penyelidikan insentif Yayasan Penyelidikan Otak, Minda dan Neurosains Malaysia (YPOMNM) kitar 1-2018 dengan majlis penyerahan replika cek tersebut telah diadakan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UNIMAS baru-baru ini sambil disaksikan oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Professor Dr. Kamarudin bin Kana.

YPOMNM telah ditubuhkan pada tahun 2017 dan merupakan salah satu inisiatif pengasas iaitu Prof Dato’ Dr Jafri Malin Abdullah dan Profesor Madya Dr. Durriyyah Sharifah Hasan Adli dalam merealisasikan impian agar rakyat Malaysia lebih mengambil perhatian mengenai bidang ini.

Yayasan ini menyediakan bantuan perkhidmatan dan kewangan serta mendapatkan dana dan sumbangan kepada para penyelidik aktif yang berminat untuk menjalankan sebarang penyelidikan berkaitan otak, minda dan neurosains.

Selain itu yayasan ini juga berhajat mewujudkan kemudahan-kemudahan kepada para penyelidik makmal dan pusat penyelidikan klinikal dengan kelulusan undang-undang yang berkuatkuasa.

Geran penyelidikan tersebut ditawarkan secara terbuka kepada penyelidik di institusi/ pusat / agensi samada awam atau swasta yang berminat melaksanakan penyelidikan melibatkan bidang neurosains iaitu bidang neurosains asas, neurosains klinikal, dan neurosains gunaan yang bersesuaian berpandukan kepada keadaan semasa di negara ini.

Geran ini akan dibuka setiap hujung tahun dan akan mula membuat pengumuman pemenang geran sekitar Mac. Maklumat geran boleh diperolehi dari laman web rasmi Yayasan.

Sementara itu, bagi geran penyelidikan insentif YPOMNM Kitar 1-2018, pihak ahli jawatankuasa Yayasan telah memilih dua pemenang geran iaitu Encik Mohd Aizuddin Bin Mohd Lazaldin daripada UiTM Sg. Buloh dan Prof. Anselm Su Ting dari UNIMAS Sarawak dengan jumlah geran diberi sebanyak RM5000 masing-masing.

Encik Mohd Aizuddin Bin Mohd Lazaldin dipilih atas kejayaan penyelidikannya bertajuk “Brain-derived Neurotrophic Factor Attenuates Amyloid Beta 1-40 Induced Visual Impairment In Sprague Dawley Rats” manakala Prof. Anselm Su Ting dengan tajuk kajian “Determining Instruments for Fatigue Identification in Attempts to Prevent Occupational Accidents and Injuries”.

 
Attachment(s):
 
 
Demo