Events Calendar

Download as iCal file
Sumbangan MASNITA kepada Pelajar dan Balu Staf UNIMAS 2019
Tuesday 21 May 2019, 08:00am
Hits : 1375
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
press_release1_001.jpg

press release1 002press release1 003

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

press release1 004press release1 005

Kota Samarahan, 16 Mei 2019 – Seramai 25 orang pelajar dan 11 orang staf / pasangan (Balu) UNIMAS yang telah terpilih untuk menerima sumbangan Ramadhan anjuran Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA). Majlis yang cukup ringkas tetapi signifikan ini telah disempurnakan oleh YBhg Prof Datu Mohd Fadzil bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UNIMAS bersama dengan Yang Dipertua MASNITA, Datin Kartini Ahmad, isteri kepada YBhg Naib Canselor UNIMAS.

Majlis yang berlangsung di Auditorium PKMA, UNIMAS tersebut turut dihadiri oleh ahli MASNITA lain. Penyampaian sumbangan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan dalam menyambut perayaan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Program ini merupakan program tahunan MASNITA yang lazimnya dipanggil sebagai Program MASNITA PRIHATIN dan sekali lagi program ini telah berjaya diadakan pada tahun 2019 ini. Harapan MASNITA kali ini agar masyarakat setempat turut merasai kehadiran dan kewujudan Persatuan MASNITA di samping ianya dapat memberi satu pengalaman baharu kepada ahli-ahli baru MASNITA apabila mengikuti aktiviti-aktiviti dan program yang dapat mendekatkan MASNITA kepada staf dan pelajar UNIMAS serta masyarakat setempat. Diharap usaha murni ini akan mendapat seribu kebaikan dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Aamiin Yarab'bal A'lamin.

Pautan gambar di Facebook MASNITA UNIMAS: Klik Sini!

 
Attachment(s):
 
 
Demo