Events Calendar

Download as iCal file
Makluman Pembukaan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental Bagi Penyelidik Baharu (FUNDAMENTAL RESEARCH GRANT SCHEME FOR RESEARCH ACCULTURATION OF EARLY CAREER RESEARCHERS – FRGS-RACER) Tahun 2019
From Thursday 18 April 2019 -  08:00am
To Monday 22 April 2019 - 05:00pm
Hits : 1249
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Permohonan Dana Penyelidikan KPM (DP KPM) akan dibuka untuk Penyelidikan Fundamental bagi Penyelidik Baharu (Fundamental Research Grant Scheme for Research Acculturation of Early Career Researchers – FRGS-RACER) yang merupakan dana tunas bertujuan untuk membudayakan penyelidikan di kalangan penyelidik baharu di Universiti Awam (UA) bukan berstatus Universiti Penyelidikan (Research University – RU) iaitu universiti rakan RU (RRU).

Para penyelidik yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan mulai 25 Mac 2019 sehingga 22 April 2019 menggunakan sistem MyGRANTS melalui pautan https://mygrants.gov.my. Semua permohonan yang telah dinilai di peringkat universiti perlu dikemukakan kepada Kementerian sebelum atau pada 31 Mei 2019, jam 11.59 malam.

Garis panduan FRGS-RACER boleh dimuat turun melalui sistem MyGRANTS. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urus setia FRGS-RACER di talian 03-88706974/6975 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Semua permohonan dihantar mengikut tempoh masa yang ditetapkan serta telah memenuhi semua syarat dan penilaian yang ditetapkan. KPM berhak menolak mana-mana permohonan sekiranya mana-mana syarat tidak dipatuhi.


 
Attachment(s):
 
 
Demo