Events Calendar

Download as iCal file
KUARTET 4X400M WANITA UNIMAS RAIH EMAS DI KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA SARAWAK 2019
Monday 15 April 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1531
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Team Olahraga UNIMAS.JPG

KUARTET 4X400M WANITA UNIMAS RAIH EMAS DI KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA SARAWAK 2019

 

Syabas & Tahniah diucapkan kepada kuartet 4x400m Wanita UNIMAS yang telah meraih pingat emas di Kejohanan Olahraga Terbuka Sarawak 2019 Kali Ke-66 pada 13-14 April 2019 bertempat di Stadium Sarawak, Petra Jaya. Kuartet cemerlang ini telah mengenepikan kuartet dari SMK Asajaya dan SMK Sematan dengan catatan masa 4:55.08. Kuartet 4x400m UNIMAS terdiri daripada Marjorie Umban ak Robert, Patricia Awing Balan, Didinadira Charles Fung dan Cherynna Corey Chin.

Pasukan Olahraga UNIMAS juga turut mendapat pingat dalam beberapa acara lain iaitu Phang Pei Xia (pingat gangsa acara lontar peluru & rejam lembing), Patricia Awing Balan (pingat gangsa 800m) & Marjorie Umban ak Robert pingat gangsa 400m). Pada keseluruhannya Pasukan Olahraga UNIMAS telah berjaya meraih 5 pingat iaitu 1 emas & 4 gangsa.

Turut cemerlang staf Pusat Sukan UNIMAS, Sdra Mohamad Afif Zulhusmi telah mendapat pingat perak acara 200m mewakili Axis Petra Jaya Track & Field.

Kejohanan kali ini turut disertai oleh pasukan dari Brunei Darussalam, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Tuaran, Sandakan, Sekolah Sukan Sabah), Sarawak (Bahagian Sibu, Miri, Sarikei, Bintulu, Limbang) serta sekolah dan kelab olahraga sekitar Kuching & Samarahan.

Ikhlas daripada : 
Warga Pusat Sukan UNIMAS

 
Attachment(s):
 
 
Demo