Events Calendar

Download as iCal file
Amalia Menggalakkan Kaunselor untuk Mengaplikasikan Kajian Eksperimental dalam Penyelidikan Kaunseling
From Thursday 11 April 2019 -  08:00am
To Monday 15 April 2019 - 05:00pm
Hits : 1374
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
DrEmma_procel.jpg

logo unimas

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

Amalia Menggalakkan Kaunselor untuk Mengaplikasikan Kajian Eksperimental dalam Penyelidikan Kaunseling

Kuching, Rabu – Satu perkongsian bersama dengan kaunselor telah diadakan dalam Bengkel Introduction to Experimental Research Designs to the Counsellors di UNIMAS City Campus (UCC), Kuching selama dua hari, 9-10 April 2019. Bengkel ini diadakan di bawah PROCEL UNIMAS yang dikendalikan oleh pensyarah FSKPM. Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memperkenalkan dan menggalakkan kaunselor dan pelajar kaunseling untuk mengaplikasikan rekabentuk eksperimental dalam penyelidikan kaunseling. Menurut Amalia, rekabentuk eksperimental ini akan membuka ruang kepada kaunselor untuk berkongsi dapatan kajian secara empirikal selain mengukur kesan intervensi kaunseling secara analisa statistiks. Amalia menambah bahawa intervensi kaunseling ini seperti pembinaan modul/intervensi rawatan kaunseling, teknik rawatan kaunseling dan sebagainya adalah merupakan produk atau inovasi dalam bidang kaunseling.

Hasil daripada kajian ekperimental ini akan membantu kaunselor dan pelajar kaunseling akan berada pada satu tahap penyelidikan yang tinggi dan seiring dengan bidang profesional yang lain seperti perubatan dan kejuruteraan. Bersama-sama menjayakan bengkel intensif ini bersama Dr Amalia Madihie adalah Puan Nur Fatihah Mat Yusoff, pakar statistik FSKPM.

 
Attachment(s):
 
 
Demo