Events Calendar

Download as iCal file
Peranan alumni penting dalam bantu pembangunan UNIMAS
From Saturday 30 March 2019 -  08:00am
To Wednesday 03 April 2019 - 05:00pm
Hits : 1740
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
alumni1.jpg

alumni3alumni2

 

KOTA SAMARAHAN, 30 Mac 2019 : Para alumni UNIMAS menggalas tanggungjawab bersama dengan warga UNIMAS dalam pembangunan Universiti ini, kata Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi semasa berucap pada majlis makan malam graduan sulung UNIMAS anjuran Jabatan Perhubungan Alumni di bawah Pusat Pembangunan Pelajar UNIMAS, malam tadi.

Beliau berkata, tanggungjawab yang dimaksudkan sama ada dari segi infrastruktur, kualiti akademik, penyelidikan dan bantuan yuran pendidikan kepada pelajar miskin seperti contoh melalui sumbangan dana ke tabung endowmen dan wakaf UNIMAS.

“ Para alumni, berpeluang berganding bahu untuk memperkasakan, usaha universiti melahirkan lebih ramai intelek tempatan, lebih banyak usaha penyelidikan saintifik, penambahbaikan inovatif serta penganjuran program akademik terkemuka. Oleh itu, saya menyeru kepada para alumni, untuk terus menyumbang dana ke tabung amanah, melalui Bahagian Endowmen dan Wakaf UNIMAS,” katanya.

Naib Canselor menambah, di peringkat fakulti, alumni-alumni diharap dapat menjadi panel rujukan fakulti dalam membentuk struktur kokurikulum yang komprehensif dan komptetif dalam memenuhi keperluan majikan semasa.

Jelas beliau, sesi perkongsian bersama pelajar-pelajar di fakulti akan dapat mendedahkan pelajar sama ada dalam soal pengurusan masa dan kewangan, pembentukan sahsiah diri dan watak, mahupun bidang kerjaya serta memberi manfaat kepada para alumni sendiri untuk kesejahteraan dan keberkatan di dunia dan akhirat.

“ Universiti mempunyai tanggungjawab besar, dalam membina dan membangunkan modal insan yang beretika, berkemahiran, bertanggungjawab serta komitmen yang tinggi. Saya rasa tanggungjawab dan amalan ini juga seharusnya digalas bersama oleh para alumni sekalian, yang menjadi harapan dan kesinambungan kepimpinan negara,” jelas beliau.

Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim berkata setakat tahun 2018, jumlah alumni UNIMAS adalah seramai 40,676 orang dengan 299 orang daripada telah berkhidmat di UNIMAS.

Dalam pada itu, seramai lebih 100 orang alumni bermula dari para alumni dari pengambilan pelajar pertama Universiti ini pada tahun 1993 telah menghadiri majlis makan malam ini.

Objektif program tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan alumni UNIMAS dengan universiti melalui aktiviti-aktiviti bersama, membina jalinan kerjasama antara alumni dengan Pengurusan UNIMAS, memupuk semangat cintakan UNIMAS dan menyambut ulang tahun UNIMAS yang ke-25 bersama kumpulan Alumni terawal di UNIMAS.

Selain itu, ia juga sebagai landasan untuk memberi maklumat serta menyampaikan perkembangan terbaru UNIMAS kepada alumni serta peranan mereka dalam menyumbang kepada Universiti.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie dan mantan Naib Canselor Pertama UNIMAS, Mohamad Zawawi Ismail.

 
Attachment(s):
 
 
Demo