Events Calendar

Download as iCal file
Kejohanan Silat Tanding Remaja 2019
From Thursday 21 March 2019 -  08:00am
To Sunday 31 March 2019 - 05:00pm
Hits : 2067
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Poster Kejohanan Silat Tanding Remaja Tertutup.png

Butiran Program

 Tarikh   : 29-31 Mac 2019

Masa    : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Serbaguna Kampus Timur

 

Kejohanan Silat Tanding Remaja 2019 ini merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) UNIMAS untuk memperkenalkan serba sedikit mengenai sukan silat tanding kepada para remaja dan warga UNIMAS. Kejohanan kali ini bakal menjadi platform bagi para peserta yang mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri beradu tenaga dan bertanding berpandukan peraturan yang telah ditetapkan supaya permainan menjadi lebih adil dan selamat. Dalam setiap pertandingan silat tanding, hanya 2 peserta sahaja dibenarkan berada di dalam gelanggang. Kedua-dua peserta akan memakai pakaian yang bersesuaian beserta alat perlindungan yang telah ditetapkan. Mereka akan berusaha untuk mengutip mata melalui serangan seperti tumbukan, tendangan ataupun jatuhan. Setiap permainan akan diadili oleh seorang wasit (pengadil) dan 5 orang juri. Pertandingan ini dapat memberikan para peserta dan penonton semangat untuk memperjuangkan seni mempertahankan diri disamping dapat memupuk semangat setiakawan dalam kalangan peserta.  Para peserta akan diingatkan supaya tidak berbalah semasa di luar gelanggang.

 

Objektif

 

  1. Mempromosi dan memperkenalkan UNIMAS sebagai salah satu institut yang menitikberatkan sukan disamping akademik
  2. Memperkenalkan dan mempromosikan seni bela diri dalam kalangan para remaja dan warga UNIMAS
  3. Memberi peluang kepada mahasiswa/mahasiswi untuk menimba pengalaman mengendalikan kejohanan seperti ini
  4. Memdedahkan para remaja dan warga UNIMAS dengan aktiviti kejohanan silat tanding serta menyemai semangat kesukanan dalam diri mereka
  5. Mengcungkil kebolehan dan kemahiran para remaja dalam sukan silat tanding
  6. Memupuk semangat para remaja dan mahasiswa/mahasiswi untuk aktif bersukan disamping berjaya dalam pembelajaran

 

 

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo