Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan Penandaarasan Bahagian PMO Universiti Teknologi Petronas ke SQRC,UNIMAS
From Thursday 21 March 2019 -  08:00am
To Thursday 28 March 2019 - 12:00am
Hits : 1889
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
UTPPetronas.jpg

KOTA SAMARAHAN, 21 Mac 2019 - Seramai lima orang staf terdiri daripada tiga orang staf bahagian PMO dan dua orang staf teknikal Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang diketuai oleh Ketua Bahagian PMO, En Thavasegaran A/L Muthu Manickam telah membuat lawatan penandaarasan ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC) pada 19 Mac 2019.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk membentuk satu hubungan kerjasama yang positif di antara SQRC dan PMO UTP. Selain itu, tujuan lawatan ini juga adalah sebagai perkongsian maklumat mengenai pembangunan dan kemudahan yang disediakan. Antaranya ialah berkongsi maklumat berkenaan proses kerja, sistem, prosedur dan “best practice” di antara SQRC dan PMO UTP dalam membantu universiti masing-masing dalam pencapaian ‘rating’ dan ‘ranking’.

Lawatan kerja ini juga sedikit sebanyak dapat menimba pengalaman serta memberi gambaran idea yang boleh dilaksanakan dalam proses kerja di SQRC dan PMO UTP disamping mempelajari proses kerja dan prosedur untuk merangsang amalan kerja yang berkesan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo