Events Calendar

Download as iCal file
PAMERAN "SERVICE LEARNING" EKONOMI 2018
Wednesday 12 December 2018
Hits : 1122
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
pic1.jpg

12 DISEMBER 2018, KOTA SAMARAHAN - Sebanyak 26 Pameran Service Learning pelajar bagi kursus Ekonomi Kesihatan dan Ekonomi Maklumat telah dipamerkan di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan baru-baru ini. Kaedah pembelajaran service learning ini telah dilaksanakan di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan bagi kursus-kursus tersebut sejak tahun 2014 dan melibatkan aktiviti membantu komuniti di sekitar Kuching, Samarahan dan Bau. Pembelajaran service learning ini adalah sebagai medium untuk merapatkan pelajar dengan komuniti persekitaran dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari untuk membantu menyelesaikan isu komuniti.

Pada tahun ini, dengan kerjasama bersama Pejabat Residen Samarahan dan Majlis Perbandaran Samarahan, pelajar daripada program Ekonomi Perkhidmatan diberikan tugas membantu menyediakan cadangan Sistem Kitar Semula untuk sembilan (9) komuniti terpilih di sekitar Kota Samarahan bagi merealisasikan visi Green Samarahan iaitu menjadikan Samarahan sebagai bandar pertama serius mengamalkan kitar semula di negeri ini.

Selain daripada tu, mereka juga menghasilkan rancangan kempen-kempen kesihatan berkisar isu penyakit disebabkan ketiadaan sistem pengurusan pepejal yang baik yang menjadi kegusaran penduduk sekitar ini. Sebanyak Sembilan (9) kempen kesihatan dicadangkan di dalam komuniti yang disediakan menggunakan kaedah ekonomi kesihatan yang dipelajari oleh pelajar pada semester ini, merangkumi pembasmian Leptospirosis, Denggi dan juga wabak kolera.

Sementara itu, sebanyak lapan (8) pameran penyelesaian isu perniagaan ahli perniagaan sekitar Kuching dan Samarahan dihasilkan oleh pelajar jurusan Ekonomi Perniagaan bagi Kursus Ekonomi Maklumat yang dipelajari semester ini. Pembentangan hasil kerja ini dilakukan di hadapan ahli perniagaan dan semua mereka gembira dengan hasil kerja pelajar kursus ini dan berminat untuk mengaplikasikan penyelesaian tersebut dalam operasi mereka. Lapan perniagaan ini ialah Star Bundle, Isma Traditional Enterprise, The Boys Cake, Warong ABC Mak Darot, Gary’s Barbershop X Ruai Bar, Blossom Nursery and Landscape, Lee Wholemeal Bakery dan SugarCrush Chocolate.

Pihak fakulti amat berbesar hati dengan kesudian Prof Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni untuk hadir bagi pihak Prof Datuk Dr Mohd Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS melawat pameran dan berkongsi harapan UNIMAS kepada mahasiswa untuk menjadikan Service Learning sabagai platform pembelajaran dan menyumbang kepada komuniti di peringkat pengajian mereka di kampus.

Majlis turut dihadirii oleh Dekan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Prof Madya En Michael Tinggi, Timbalan-timbalan dekan fakulti dan para pensyarah, kakitangan bukan akademik serta pelajar-pelajar ekonomi di fakulti. Menurut Prof Madya En Michael Tinggi, kebanyakan hasil kerja pelajar ekonomi ini akan dihantar sebagai Intelektual Properties dan bersama dengan Dr Jerome Kueh Swee Hui, Timbalan Dekan Perhubungan Komuniti dan Industri akan membawa hasil kerja mereka untuk diketengahkan ke Fintech dan juga Intex yang akan datang. Penyelaras kursus iaitu En Haslan Ottot, pakar Ekonomi Kesihatan UNIMAS berharap agar hasil cadangan ini nanti akan digunakan oleh industri dan komuniti dalam membawa kemajuan dan kesejahteraan sekitar.

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo