Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan ke Muzium Anatomi dan Patologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Tuesday 11 December 2018
Hits : 1952
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1.jpg

Lawatan Kakitangan Universitas Yogyarkarta ke Muzium Anatomi dan Patologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

 

Pada 5 Disember 2018, pihak Muzium Anatomi dan Patologi telah menerima lawatan daripada dua orang kakitangan Universitas Yogyarkarta yang sedang mengikuti Program Mobiliti ke UNIMAS. Kehadiran mereka telah disambut oleh Juruteknologi Makmal Perubatan, Cik Norhadzline Harun dan telah dibawa melawat sekitar Muzium Anatomi dan Patologi, FPSK selama lebih kurang 30 minit.

 

1

 Gambar 1: Delegasi Universitas Yogyarkarta bersama kakitangan UNIMAS

 

Selain itu, pada tarikh yang sama, Muzium Anatomi dan Patologi juga telah menerima rombongan pelawat daripada Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim (PERYATIM) Cawangan Sibu seramai 35 orang yang terdiri daripada 30 orang pelajar serta 5 orang kakitangan pengiring sempena program Lawatan Bijak Belajar ke UNIMAS.

 

2.7

Gambar 2: Para pelajar sedang mendengar penerangan yang diberikan oleh Puan Liwan Lasem (kiri) dan Puan Azimah Ahmad (kanan).

 

Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta menambahkan ilmu pengetahuan para pelawat terhadap bidang sains perubatan. Selain daripada itu, pelawat juga mendapat ilmu kesihatan dan info mengenai penyakit serta mendapat maklumat tentang penjagaan kesihatan.

 

3

Gambar 3: Rombongan pelawat daripada Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim (PERYATIM) Cawangan Sibu.

 

Lawatan daripada Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim (PERYATIM) Cawangan Sibu ini telah dikendalikan oleh Juruteknologi Makmal Perubatan FPSK iaitu Puan Liwan Lasem dan Puan Azimah Ahmad serta dibantu oleh Pembantu Perawatan Kesihatan, Puan Heni Vincent.

Laporan disediakan oleh Puan Herlina anak Patrick Kukut.

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo