Events Calendar

Download as iCal file
Ketua Menteri Sarawak rasmi Karnival Rindok Sarawak anjuran UNIMAS
Monday 10 December 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2277
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
normaria play sape during krs.jpg

Adik Normaria Robin, murid darjah empat dari Sekolah Kebangsaan Catholic English, berumur 10 tahun bermain sape pada pembukaan majlis perasmian Karnival Rindok Sarawak.

 

KUCHING, 9 Disember 2018: Karnival Rindok Sarawak 2018 telah berjaya dilangsungkan di Waterfront Kuching pada 8 Disember 2018.  Program ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan sokongan daripada kerajaan negeri Sarawak. Acara ini menandakan berakhirnya usaha selama tujuh bulan di bawah pengawasan pensyarah dan guru bahasa dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang diketuai oleh Dr Collin Jerome dalam mempromosikan kraftangan, makanan tradisional dan permainan di Sarawak.

Dengan tema "Budaya Mengeratkan Bangsa", Rindok Sarawak merangkumi beberapa program seperti bengkel penulisan skrip dan drama, Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Sarawak 2018 (SEDCOMP 2018), dan projek dokumentasi yang berfokus pada pendokumentasian permainan tradisional, cerita rakyat, makanan dan kraftangan yang sebahagian besarnya tidak diketahui umum.

YBhg Prof Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman, dalam ucapannya yang mewakili Naib Canselor, mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri Sarawak atas sokongan yang diberikan kepada universiti, khususnya dalam menjayakan secara keseluruhan Projek Rindok Sarawak. Katanya lagi, UNIMAS akan terus menerajui penyelidikan, pendokumentasian, dan usaha penglibatan masyarakat dalam memperkasa dan memelihara bahasa serta budaya masyarakat di Malaysia khususnya di Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg juga turut melancarkan laman web rasmi Rindok Sarawak semasa upacara perasmian dan kini hasil projek dokumentasi program tersebut dapat diakses oleh masyarakat secara umum. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi "Pertandingan Mencipta Lagu Karnival Rindok Sarawak" kepada Hanni Najla Yusuf, 19 tahun dari Siburan. Beliau berjaya merangkul hadiah utama sebanyak RM1500 beserta sijil.

Antara aktiviti lain yang berlangsung sepanjang hari tersebut ialah pertandingan memasak, mewarna dan bercerita, Kuching Dance Jam Dance Battle Volume 29: Edisi Rindok Sarawak dan banyak lagi. Acara kemuncak bagi karnival ini ialah persembahan konsert mini yang dibarisi oleh artis-artis tempatan seperti NanaSheme, Asyraf Hardy, Gabriel Fairuz Louis, dan Pinanak Sentah bagi menghiburkan orang ramai dengan muzik secara langsung.

Foto by: Zaki Julaihi

krs6

 

krs7

Antara gerai Rindok Sarawak ; mempamerkan masakan dan makanan tradisional Sarawak

 

krs8

Jasmine Wee, pelajar FSGK mempersembahkan poster hasil daripada komik yang dibuat khusus untuk Rindok Sarawak

krs 5

Antara persembahan di malam perasmian Rindok Sarawak

 
Attachment(s):
 
 
Demo