Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan Sambil Belajar Sekolah ke Muzium Anatomi dan Patologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Wednesday 07 November 2018
Hits : 2165
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pada minggu pertama bulan November 2018, pihak Muzium Anatomi dan Patologi telah menerima rombongan pelawat daripada beberapa buah sekolah rendah iaitu:

  • SK Lubok Antu seramai 45 orang yang terdiri daripada 37 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring (2 Nov 2018).
  • SK Petra Jaya seramai 120 orang yang terdiri daripada 108 orang pelajar dan 12 orang guru pengiring (6 Nov 2018).
  • SK Mata Parang seramai 103 orang yang terdiri daripada 80 orang pelajar dan 23 orang guru pengiring (7 Nov 2018).

 

1

Gambar 1: Menerima cenderahati daripada SK Lubok Antu.

 

Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menyemai minat kepada para pelajar terhadap bidang sains perubatan. Selain daripada itu, pelawat juga mendapat ilmu kesihatan dan info mengenai penyakit serta mendapat maklumat tentang penjagaan kesihatan.

 

2.0

Gambar 2: Pelajar-pelajar SK Petra Jaya sedang mendengar penerangan daripada Juruteknologi Makmal Perubatan, Cik Norhadzline Harun dan En. Mohamad Iswandy.

 

Lawatan ini telah dikendalikan oleh beberapa orang Juruteknologi Makmal Perubatan serta dibantu oleh Pembantu Perawatan Kesihatan, Puan Heni ak. Vincent.

 

3

Gambar 3: Sesi fotografi daripada SK Mata Parang

 

Laporan disediakan oleh Puan Herlina ak. Patrick Kukut.

 
Attachment(s):
 
 
Demo