Events Calendar

Download as iCal file
Anugerah Kecermelangan PETRONAS – Kursi P.Ramlee 2018
From Wednesday 07 November 2018
To Friday 09 November 2018
Hits : 1614
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
8.jpg

KOTA SAMARAHAN, 29 Oktober 2018: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) telah mengadakan majlis Anugerah Kecemerlangan PETRONAS – Kursi P.Ramlee 2018 bertempat di Rumah Universiti, UNIMAS.

Seramai 6 orang pelajar cemerlang telah menerima anugerah masing-masing iaitu Nehemiah Yap Jia Sheng (Sinematografi), Liew Xiao Xian (Teknologi Senireka), Jee Pei Lun (Pengurusan Seni), Nurul Hannani Bt Muhammad Rezel (Drama & Teater), Tan Lan Ching (Seni Halus) dan Muhamad Ali Rajaie Bin Nor Mohamed (Muzik).

Selain menerima anugerah dan sijil, para penerima anugerah turut diberikan wang tunai sebanyak RM500.00 setiap seorang. Pihak fakulti juga telah memperuntukkan satu anugerah utama dimana penerima tersebut kali ini telah dirangkul oleh Nehemiah Yap Jia Sheng iaitu pelajar daripada program Sinematografi dengan membawa pulang hadiah berupa sijil dan wang tunai RM1000.00.

Pemilihan penerima anugerah ini berdasarkan pencapaian akademik dan penglibatan aktif pelajar di dalam aktiviti kurikulum sepanjang pengajian di Universiti.  Penyampaian anugerah   kecemerlangan PETRONAS-P.Ramlee  ini merupakan  acara tahunan FSGK dengan kerjasama  PETRONAS Nasional Berhad dibawah peruntukan Kursi PETRONAS – P.Ramlee.

Tetamu jemputan kenamaan yang hadir pada majlis itu ialah Wakil Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Sarawak iaitu Encik Ryhmie Rashidie Ibrahim dan Profesor Madya Dr Wan Jamarul Imran Wan Abdullah mewakili UNIMAS. Dalam ucapan ringkas, Profesor Madya Dr Wan Jamarul Imran Wan Abdullah Thani memaklumkan pada tahun ini jumlah pelajar di fakulti yang akan bergraduat adalah sebanyak 523 orang. Beliau menambah sehingga hari ini fakulti telah berjaya melahirkan ramai pereka kreatif serta karyawan yang berintelektual dan berinovasi. Diharapkan dengan pengiktirafan serta anugerah seumpama ini akan memberi perangsang kepada graduan untuk berusaha menempuhi segala dugaan yang bakal dihadapi dengan cekal dan semangat jitu bagi membantu memartabatkan bidang kesenian yang dipelajari ke peringkat yang lebih tinggi.

Manakala dalam ucapan Encik Ryhmie Rashidie pula menyatakan beliau berbangga menjadi alumni fakulti dan UNIMAS secara umumnya telah berjaya menghasilkan pelajar yang holistik dan berdaya saing. Beliau menambah PETRONAS akan sentiasa memberi sokongan dan komitment padu kepada UNIMAS. Beliau berkata, sepanjang tempoh dua dekad ini, PETRONAS telah membantu membiayai pelbagai aktiviti para akademik dan pelajar di fakulti ini antaranya ialah penganjuran Pameran Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (CIPTA), International Conference of Applied and Creative Arts (ICACA), Pameran Akademik Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (eCITRA) serta Anugerah Kecermelangan PETRONAS – P.Ramlee.

Artikel oleh:  Profesor Madya Dr Musdi Shanat

 
Attachment(s):
 
 
Demo