Events Calendar

Download as iCal file
Pasukan Mendayung UNIMAS Ungguli Dua Kategori
Tuesday 06 November 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 937
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Regatta.jpg

Pada 2 hingga 4 November 2018 yang lalu, telah berlangsungnya pertandingan sukan air tertua di Sarawak iaitu Regatta Sarawak 2018. Pertandingan yang telah diadakan di sepanjang tebingan Kuching ini mulanya diperkenalkan pada tahun 1871 dan menjadi acara tahunan di Sarawak sehingga kini.

Pada tahun ini, sebanyak 14 kategori yang dipertandingkan, melibatkan 24 acara saringan dan 12 acara akhir. Selain acara lumba perahu, juga terdapat pertandingan Menangkap Itik dan Brooke Swim yang telah berlangsung sebelah pagi pada 3 November, iaitu hari kedua pertandingan berlangsung.

Pasukan Mendayung UNIMAS yang diberi gelaran UNIMAS Teguh Bersama dan UNIMAS Gemilang turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan yang penuh bersejarah ini apabila mengambil bahagian dalam pertandingan ini melalui dua kategori iaitu Kategori Perahu Kenyalang 20 Pengkayuh Lelaki (IPTA/IPTS) dan Kategori Perahu Kenyalang 20 Pengkayuh Campuran (15 Lelaki dan 5 wanita) IPTA/IPTS.

Pada hari pertama Sarawak Regatta 2018, Pengarah Pusat Sukan UNIMAS, YBhg Prof. Madya Dr. Azhaili Baharun hadir untuk memberikan kata-kata semangat kepada semua atlet yang mewakili UNIMAS. Beliau mengiringi sehingga ke garisan penamat perahu yang bertanding dalam saringan yang pertama yang disertai oleh pasukan mendayung UNIMAS.

Pada hari kedua pula, YBhg Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS sudi hadir untuk memberikan semangat dan kata-kata perangsang sebelum atlet UNIMAS turun bertarung. Ternyata kehadiran YBhg Datuk memberikan inspirasi kepada atlet UNIMAS apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam kedua-dua kategori yang disertai.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Mendayung UNIMAS iaitu Pasukan UNIMAS Teguh Bersama yang telah berjaya menjadi juara dan tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan UNIMAS Gemilang untuk kedua-dua kategori yang disertai, menewaskan pasukan dari IPTA/IPTS yang lain.

Diharapkan kecemerlangan pada tahun ini diteruskan lagi di masa-masa yang akan datang dan kerjasama antara staf dan juga pelajar UNIMAS dapat terus dipertingkatkan untuk membentuk pasukan mendayung yang terbaik dan sukar untuk ditewaskan dalam apa jua pertandingan yang disertai nanti.

 
Attachment(s):
 
 
Demo