Events Calendar

Download as iCal file
Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari : Penerima Doktor Kehormat Ekonomi Pembangunan
Thursday 01 November 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2052
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Yusuf hadi1.jpg

 

 jo1

Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari merupakan Ketua Menteri Sarawak yang keenam dan terkenal sebagai seorang pemimpin ulung dan prihatin terhadap masalah rakyat dalam pelbagai bidang terutama bahasa, pendidikan, agama dan ekonomi.

Dilahirkan pada 4 Ogos 1950 di Limbang Sarawak. Beliau merupakan anak bongsu kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama iaitu Tun Datuk Abang Haji Openg Abang Sapiee dan Toh Puan Dayang Masniah Abang Abdul Rahman.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Merpati Jepang Kuching yang terletak dalam kawasan kampung, seterusnya bersekolah menengah di St. Thomas sehingga tingkatan lima dan juga rakan sekolah kepada Ketua Menteri Sarawak kelima, Almarhum Pehin Sri Tan Sri Haji Adenan Satem semasa melanjutkan pelajaran di tingkatan enam di St. Joseph, Kuching.

Beliau melangkah lebih panjang dalam menimba ilmu dan pengetahuan dengan melanjutkan pengajian di Brunel University, United Kingdom dan memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Sebaik tamat pengajian, beliau bertugas sebagai Pegawai Eksekutif di Bahagian Perhubungan Korporat MAS.

Seorang pemimpin yang mesra dipanggil ‘Abang Jo’ dalam kalangan rakyat ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Patinggi Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tuanku Haji Bujang dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan iaitu Abang Abdillah Izzarim dan Dayang Norjihan.

Penglibatan beliau dalam arena politik bermula sejak tahun 1977 lagi dan dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok pada tahun 1981 sehingga sembilan penggal berturut-turut iaitu pada 1981, 1993, 1991, 1996, 2001, 2006, 2011 dan 2016.

Sepanjang tahun berkhidmat, beliau menjawat pelbagai portfolio antaranya Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Menteri Muda Kemajuan Wilayah dan Pembangunan Masyarakat, Menteri Perindustrian Sarawak, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Sarawak, Menteri Perumahan dan Urbanisasi Sarawak serta Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Beliau juga aktif dalam menyokong badan-badan dan persatuan-persatuan di Sarawak antaranya dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) iaitu sebuah badan belia terbesar di negeri Sarawak yang menghimpunkan lebih 41 ribu ahli terdiri daripada semua bangsa, agama serta etnik di Sarawak, Penaung Persatuan Taekwondo negeri Sarawak, Penaung Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Sarawak, dan banyak lagi.

Pada 13 Januari 2017, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam di hadapan Tuan yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di Astana, Petra Jaya, Kuching.

Sebagai barisan anggota kabinet negeri paling berpengalaman dah ahli politik veteran, beliau bertekad untuk meneruskan perjuangan sahabat baiknya, Almarhum Pehin Sri Tan Sri Adenan.

Buktinya, dalam masa setahun, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari telah melaksanakan beberapa inisiatif antaranya menubuhkan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Bank Pembangunan Sarawak (DBOS), Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dan SarawakPay 

Beliau juga dilihat sebagai seorang pemimpin ‘futuristik’ kerana menekankan keperluan Ekonomi Digital di Sarawak sejajar dalam era Industri 4.0 yang berpaksikan internet of things (IoT),internet of system (IoS), artificial intelligence (AI), robots (bots or machines) dan sebagainya.

Sesungguhnya, rakyat di Bumi Kenyalang bertuah kerana mempunyai seorang pemimpin yang berkaliber dan berkarisma tinggi terutama dalam melangkah mencapai visi negeri maju menjelang 2030 nanti.

 
Attachment(s):
 
 
Demo