Events Calendar

Download as iCal file
4,103 graduan bergelar alumni UNIMAS
Thursday 01 November 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2256
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
konvo5.jpg

 

 

konvo2konvo10konvo3konvo6komvo11konvo1konvo9konvo5

 Kota Samarahan, 1 November 2018: Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-22 melabuh tirai kelmarin selepas lima sidang berlangsung menyaksikan graduan seramai 4,103 orang telah menerima ijazah masing-masing bertempat di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, UNIMAS bermula 29 hingga 31 Oktober 2018.

Jumlah ini termasuklah 83 graduan antarabangsa yang berasal dari negara Afghanistan, Bangladesh, Brunei Darussalam, China, Indonesia, Korea Selatan, Kyrgyzstan, Pakistan, Saudi Arabia, Tajikistan, Turkey, Ghana, India, Iraq, Libya, Nigeria, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Majlis pengisytiharan istiadat Konvokesyen UNIMAS ke 22 telah disempurnakan oleh Canselor UNIMAS, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada sidang pertama.

Pada sidang pertama (29 Oktober 2018) juga menyaksikan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi Pembangunan kepada Ketua Menteri Sarawak merangkap Pro-Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Turut disampaikan pada sidang pertama adalah Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) kepada dua orang pelajar iaitu Fahizan bin Mahmud dan Kong En Yie manakala Anugerah Canselor disampaikan kepada Jonathan Peter-Oswin Dason dan Anugerah Pro Canselor kepada Aqilah binti Yusoff.

Sidang ke-empat pula diadakan majlis penganugerahan Profesor Emiretus kepada mantan Naib Canselor UNIMAS iaitu Profesor Datuk Dr Yusuf Hadi yang merupakan Naib Canselor UNIMAS yang kedua. Penganugerahan ini diberikan kepada beliau atas sumbangan dan jasa dalam pembangunan pendidikan di UNIMAS.

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyampaikan ijazah doktor falsafah dan sarjana kepada 407 orang graduan di sidang pertama manakala penyampaian ijazah di sidang kedua telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak merangkap Pro Canselor UNIMAS Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dan sidang ketiga, keempat dan kelima telah disempurnakan oleh Pro Canselor UNIMAS, Tan Sri Alfred Jabu,.

Dari jumlah graduan tahun ini, seramai 407 adalah penerima ijazah doktor falsafah dan Sarjana manakala 3,696 graduan telah menerima ijazah sarjana muda.

 
Attachment(s):
 
 
Demo