Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Apresiasi dan Kesyukuran Peperiksaan Ikhtisas Akhir
Monday 13 August 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2226
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
cover.jpg

KOTA SAMARAHAN, 2 Ogos 2018 : Lapan puluh sembilan pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS telah menerima cenderahati berupa bunga orkid berwarna ungu bertempat di Atrium Aras G, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Bunga orkid ini merupakan satu simbolik di atas kejayaan setiap pelajar perubatan yang telah lulus dalam Peperiksaan Iktisas Akhir Program Perubatan, Sesi Akademik 2017/2018 yang diadakan pada 24 Julai 2018 - 26 Julai 2018 (teori) dan 30 Julai 2018 - 1 Ogos 2018 (klinikal). Bunga orkid jenis ini telah digunakan sejak lebih 5 tahun sebagai tanda pemberian di atas kejayaan pelajar perubatan.

Cenderahati ini telah disampaikan oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof. Dr. Hj. Ahmad Hata Rasit kepada para pelajar berkenaan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan (Prasiswazah) Prof. Dr. Kamarudin Kana, Timbalan Dekan (Pembangunan dan Perkhidmatan Klinikal) Prof. Dr. Mohammad Zulkarnaen bin Ahmad Narihan dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Madya Dr. Nor Aliza binti Abdul Rahim dan para staf akademik.

Sementara itu, antara pelajar yang menerima UNIMAS-Gribbles Pathology Prize bagi Sesi 2014/2015 ialah Dr. Khoo Soo Hou manakala bagi Anugerah Ortopedik Prof Zaki bagi Sesi 2017/2018 ialah Dr. Lee Chun Lin.

Disediakan oleh :

Noorhaneyza Binti Ali Suhardi

 
Attachment(s):
 
 
Demo