Events Calendar
MAJLIS RAMAH TAMAH AIDIL FITRI MASNITA 2018
Kota Samarahan, 13 Julai 2018 – Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri, bertempat di Dewan Kristal, Hal Ehwal Pelajar.
Antara tetamu kehormat yang turut hadir memeriahkan Majlis ini ialah Yang Berbahagia, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS, Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Ahli Lembaga Pengarah Universiti serta para Dekan dan Pengarah Universiti.
Yang Berbahagia Datin Kartini Ahmad, Yang DiPertua MASNITA dalam ucapan aluannya menyebut bahawa tujuan utama majlis Ramah Tamah Aidilfitri ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha untuk merapatkan jalinan silaturrahim dalam kalangan ahli.
Majlis berlangsung dengan penuh mesra dan meriah dengan sorotan klip video mengenai aktiviti-aktiviti MASNITA sepanjang tahun 2018. Kemeriahan majlis ditambah dengan aktiviti cabutan bertuah yang menyaksikan para hadirin bertuah membawa pulang hadiah tanda kenangan daripada MASNITA.