Events Calendar

Download as iCal file
PASUKAN KAYAK UNIMAS SERTAI LABUAN ISLAND KAYAK CHALLENGE 2018
From Monday 30 April 2018 -  08:00am
To Friday 18 May 2018 - 05:00pm
Hits : 1746
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

IMG 20180430 WA0009

29 April 2018- Komplek Sukan Air , Wilayah Persekutuan Labuan : UNIMAS telah menghantar pasukan kayak pelajar untuk menyertai Labuan Round Island Kayak Challenge 2018 pada 29 April 2018 bertempat di Komplek SUkan Air , Wilayah Persekutuan Labuan. Acara tahunan yang menjadi acara tarikan utama tersebut telah disertai oleh atlet-atlet kayak dari Borneo, Semenanjung Malaysia termasuk negara Brunei, Australia, Indonesia dan Hungary. Kategori yang dipertandingkan adalah Perseorangan Lelaki, Bergu Lelaki dan Bergu Campuran yang melibatkan kayuhan sejauh 50km mengelilingi Pulau Labuan. Pasukan kayak UNIMAS telah mendapat tempat ke- 5 ( Clinton Ngawal Stephen & Patrick Ann Bilong : catatan masa 6 jam 45 saat) dan tempat ke-6 (Aderian Adek & Issac bin Stephen :catatan masa 6 jam 2 minit 16 saat ) Kategori Bergu Lelaki . Manakala kategori Bergu Campuran di tempat ke-9 (Leonard Achell Sijil & Kimberley Rinai Radu). Tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet-atlet kayak UNIMAS yang telah menunjukkan semangat yang kental dan mampu bersaing dengan atlet-atlet kayak yang lain di bawah bimbingan jurulatih En. Hamdan bin Mohamad . 

 

Disediakan oleh :

Hardy bin Suntol

Unit Latihan & Media 

Pusat Sukan

 
Attachment(s):
 
 
Demo