Events Calendar

Download as iCal file
PELAJAR KURSUS EKONOMI REKREASI MELAWAT KOTA PONTIANAK
From Wednesday 21 March 2018
To Wednesday 04 April 2018
Hits : 1755
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
UNTAN.jpg

Kota Pontianak, 4 April 2018 - Seramai 41 pelajar WE01 Ekonomi Perkhidmatan mengikuti program lawatan sambil belajar ke Kota Pontianak dari 31 Mac 2018 sehingga 4 April 2018 bagi membuat penelitian pembagunan rekreasi di peringkat antarabangsa sekaligus menjadi ruang pendedahan sharing good practice yang dapat diterapkan ke dalam projek service learning yang dilaksanakan di daerah Simunjan pada semester ini. Pengetahuan yang dikumpul dan dipelajari sepanjang kursus akan dibentangkan ke dalam pameran khas bersama komuniti Simunjan yang dijangka untuk dilaksanakan pada pertengahan Mei 2018 ini.

Dalam lawatan ini, pelajar turut di bawa melawat ke Universitas Tabnjungpura (UNTAN) bagi lawatan separa rasmi bagi aktiviti muhibah pelajar Ekonomi dan Perniagaan bagi kedua-dua universiti. Dalam lawatan ini, Universitas Tanjungpura melaksanakan sistem buddies bagi pelajar UNIMAS untuk memastikan tugasan di Kota Pontianak ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 16 buddies membantu dan diselia oleh Dr Helma Malini, pensyarah Pengurusan dari UNTAN.

Lantaran pelajar-pelajar WE01 merasakan aktiviti ini membantu mereka meneliti perbezaan dan persamaan cabaran industri rekreasi di kedua-dua negara. Menurut Muhaimin Satun; ketua pelajar WE01, aktiviti lawatan seperti ini membantu membuka fikiran dan peluang selain mempelajari cabaran perkembangan pendidikan tinggi di kedua-dua negara.

Peluang lawatan ini turut digunakan oleh delegasi UNIMAS yang diketuai oleh En Haslan, Pensyarah Ekonomi untuk berbincang bersama pengurusan UNTAN berhubung MOA dan MOU kedua-dua universiti yang telah tamat pada 2016 yang lepas, selain merangka aktiviti kerjasama kedua-dua universiti yang lebih mampan. Pelajar juga tuurut dibawa dalam sesi Randau 2 jam bersama Tuan Mohuiddin Ghazali, Pagawai Konsul Malaysia di Kota Pontianak bagi memahami perkembangan industri duahala antara negara selain meneliti peluang praktikal di kota Pontianak.

Sepanjang tempoh lawatan, pelajar dibawa meneliti rekreasi pemborongan dan rekreasi urban, termasuk rekreasi budaya dan sejarah yang ada di sekitar Sungai Kapuas. Diharapkan penelitian ini membawa kepada hasil yang menarik untuk dibentangkan semasa pameran yang akan dilaksanakan di Simunjan pada bulan Mei ini.

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo