Events Calendar

Download as iCal file
Jaringan Komuniti FSKPM dalam Fiesta NBOS 2018
From Monday 16 April 2018 -  08:00am
To Friday 20 April 2018 - 05:00pm
Hits : 1840
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2018-04-15 at 9.33.19 PM.jpeg

Jaringan Komuniti FSKPM dalam Fiesta NBOS 2018

Sarikei, Sarawak- 13-15 April 2018

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) telah bersama-sama menjayakan Fiesta NBOS 2018 di Sarikei baru-baru ini. Fiesta NBOS ini merupakan salah satu aktiviti universiti yang dirancang oleh UNIMAS Engage. Selain itu, Fakulti Kejuruteraan (FK) juga telah menyertai Fiesta ini. FSKPM telah menawarkan Klinik Kaunseling dan Psikologi, Bengkel Motivasi untuk pelajar SPM dan STPM yang diketuai oleh Dr Amalia Madihie (Timbalan Dekan Keterlibatan, Industri, Komuniti dan Pengkomersilan) dan Dr Lee Jun Choi dari Program Psikologi, dan Pameran Kesihatan Mental. Seramai enam orang pelajar dari keempat-empat program iaitu Program Kaunseling, Program Psikologi, Program Pembangunan Sumber Manusia dan Program Sains Kognitif menyertai Fiesta ini dengan jayanya. Dengan peluang ini, Fiesta NBOS ini merupakan satu jaringan komuniti yang menjadi agenda Fakulti bagi memperkasakan Rakyat Sarawak.

 
Attachment(s):
 
 
Demo