Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Perasmian Corporate Social Responsibility (CSR) Sunathon SK Tabuan Hilir dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UNIMAS
Friday 16 March 2018
Hits : 2712
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2018-03-16 at 9.36.44 AM.jpeg

Satu majlis perasmian Corporate Social Responsibility (CSR) Sunathon SK Tabuan Hilir dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UNIMAS telah diadakan di SK Tabuan Hilir pada Khamis, 15 Mac 2018.

Dengan tema “Berkhatan Kunci Kesihatan Muslim Sejati”, program sunathon ini antara lain bertujuan untuk melahir dan menyedarkan pelajar tentang kebersihan fizikal dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ia juga bertujuan untuk membantu meringankan bebanan ibubapa dan penjaga murid yang terlibat di samping mengeratkan silaturrahim di antara pemimpin masyarakat, warga sekolah dengan penduduk sekitarnya.

Program perasmian ini dihadiri oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuching, Encik Awang Zainurin bin Awang Shawal, Timbalan Dekan FPSK, UNIMAS, Prof. Dr. Mohammad Zulkarnaen bin Ahmad Narihan, Timbalan Penguasa Bomba, Tuan Faizal bin Saari, Yang dipertua PIBG SK Tabuan Hilir, Encik Japar bin Dollah, Guru Besar SK Tabuan Hilir, Encik Normalis bin Sebli, Penghulu dan ketua-ketua kampong kawasan Tabuan, ibu bapa serta murid-murid SK Tabuan Hilir.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah majlis penyerahan kain pelikat sumbangan sekolah kepada 15 peserta Sunathon, upacara menandatangani sijil penghargaan CSR antara UNIMAS dan SK Tabuan Hilir, upacara suapan pulut kuning dari ibu-bapa peserta Sunathon serta majlis siram air pili bomba ke peserta Sunathon.

Aktiviti Sunathon ini akan diadakan pada Sabtu, 17 Mac 2018 di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UNIMAS oleh pakar-pakar bedah daripada Jabatan Surgeri, FPSK yang dibantu oleh jururawat terlatih pembedahan serta sukarelawan daripada staf, pensyarah dan pelajar perubatan UNIMAS. Program ini adalah hasil kerjasama FPSK UNIMAS, SK Tabuan Hilir serta Hospital Umum Sarawak.

 

WhatsApp Image 2018 03 16 at 9.36.43 AM 1

WhatsApp Image 2018 03 16 at 9.36.39 AM 1

WhatsApp Image 2018 03 16 at 9.36.42 AM

WhatsApp Image 2018 03 16 at 9.36.41 AM

 

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo