Events Calendar

Download as iCal file
KURSUS KEPEGAWAIAN TEKNIKAL OLAHRAGA GRED 3, 2018
From Thursday 15 March 2018 -  08:00am
To Friday 30 March 2018 - 05:00pm
Hits : 1750
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

KURSUS KEPEGAWAIAN TEKNIKAL OLAHRAGA GRED 3, 2018

 

Seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada staf UNIMAS telah mengikuti Kursus Kepegawaian Teknikal Olahraga Gred 3, 2018 pada 12-13 Mac 2018 bertempat di Stadium UNIMAS. Kursus ini adalah anjuran Unit Latihan & Media , Pusat Sukan dengan kerjasama Unit Latihan , Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI) dan Persatuan Olahraga Sarawak. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Sukan, Prof Madya Dr Azhaili Baharun. Beliau amat teruja dengan sambutan dan sokongan daripada para peserta yang mengikuti kursus ini. Harapan beliau para peserta dapat menimba ilmu daripada kursus ini dan bersedia berkhidmat kepada universiti sekiranya diperlukan. Setelah menamatkan kursus selama 2 hari secara teori dan praktikal , para peserta akan menduduki peperiksaan Pegawai Teknikal Olahraga Gred 3 pada 7 April 2018 di mana ia akan diadakan serentak di seluruh negara. Semoga para peserta kursus ini akan mendapat lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.

DSC 0057

 
Attachment(s):
 
 
Demo