Events Calendar

Download as iCal file
Juka Gerstner Ungguli Kategori Lelaki Terbuka UNIMAS Duathlon 2017
From Thursday 16 November 2017 -  08:00am
To Thursday 30 November 2017 - 05:00pm
Hits : 1573
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
TOP 3 MEN OPEN.jpg

12 November 2017 - UNIMAS Duathlon 2017 yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UNIMAS dengan kerjasama Kelab Berbasikal UNIMAS pada 12 November 2017 bertempat di Stadium UNIMAS telah berlangsung dengan jayanya. Acara Duathlon merupakan sukan lasak yang menggabungkan beberapa disipilin di mana pada kejohanan kali ini peserta dikehendaki berlari 5km, berbasikal 30km dan berlari 5km. Sebanyak 5 kategeri yang dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita , Veteran Lelaki 40 tahun , Relay Terbuka dan Relay Campuran . Seramai 309 orang peserta telah menyertai acara ini yang melibatkan peserta-peserta daripada Afrika Selatan, Filipina, Kalimantan, Semenanjung, Sabah dan peserta tempatan . Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor , Universiti Malaysia Sarawak seawal pukul 6.30 pagi. Juka Gerstner , 20 tahun menjadi tumpuan apabila mengungguli kategori Lelaki Terbuka. Pelajar Swinburne jurusan International Business yang berasal daripada Afrika Selatan ini telah mendahului peserta individu lain dengan catatan masa 1jam 30minit 31 saat. Naib Johan dimenangi oleh Mohd Azmir bin Abdullah Sani (ATM) dengan catatan masa 1jam 36minit 27 saat dan tempat ke-3 , Eldon Chuo dengan catatan masa 1jam 38minit 49saat. 

Keputusan kategori lain adalah seperti berikut :

Wanita Terbuka : 1. Stephanie Chok (UMS,Sabah) 1:52:50, 2. Hii Yeng Nyuk (Sibu) 2:01:37, 3. Laura Simon (UMS, Sabah)2:04:46

Lelaki Veteran : 1. Sabri Sedi (Petra Jaya) 1:38:06, 2. Hardy Suntol (UNIMAS) 1:38:44, 3. Ezamshah Abdul Rahman (Kuching) 1:38:53

Relay Terbuka : 1. Pasukan TSC (Kuching) 1:26.32, 2. Pasukan ST (Kuching) 1:26:58, 3. Pasukan GB (Kuching) 1:26:59

Relay Campuran : 1. Pasukan AMP (Kuching) 1:35:18, 2. Pasukan The Ultimate (Kuching) 1:37:07, 3. Pasukan Chan Jia Woei Takut (Kuching) 1:37:44

Majlis Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr Azhaili Baharun , Pengarah Pusat Sukan UNIMAS dan diiringi oleh Profesor Madya Dr Abdullah Yassin , Presiden Kelab Berbasikal UNIMAS.

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo