Events Calendar

Download as iCal file
Dua pasangan kembar rai graduasi bersama
From Wednesday 08 November 2017 -  08:00pm
To Friday 10 November 2017 - 05:00pm
Hits : 1678
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
kembar2.jpg

Kembar1

KOTA SAMARAHAN, 8 November 2017 :  Dua pasangan kembar meraikan graduasi bersama pada sidang keempat Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-21, yang berlangsung hari ini.

Pasangan kembar, Yong Yieng Yieng dan Yong Eng Eng merupakan graduan dari program Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM).

Manakala Maizatul Afnie Mustajap dari program Bioteknologi Sumber, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS)  dan Maizatul Atiqah Mustajap dari program Kimia Sumber FSTS, merupakan satu lagi pasangan kembar yang bergraduat hari ini.

Yong Yieng-Yieng dan Yong Eng-Eng berasal dari Sarikei manakala Maizatul Afnie dan Maizatul Atiqah berasal dari Temerloh, Pahang.

Dalam pada itu, sidang keempat hari ini  menyaksikan seramai 564 orang graduan FSKPM  dan 576 orang graduan FSTS menerima ijazah masing masing.

Penyerahan ijazah  dalam sidang ketiga hari ini telah disempurnakan oleh Pro Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang.

Barisan graduan dari FSKPM adalah dari tiga program iaitu program pembangunan sumber manusia, sains kognitif dan kaunseling.

Manakala barisan graduan dari FSTS dari lima program iaitu program bioteknologi sumber, kimia sumber, sains dan pengurusan sumber akuatik, sains dan pengurusan sumber tumbuhan serta sains dan pengurusan sumber haiwan.

Artikel dan foto oleh : Sarena Haidir

 
Attachment(s):
 
 
Demo