Events Calendar

Download as iCal file
Penerima Anugerah DiRaja Kongsi ‘Tips’ Berjaya
Wednesday 08 November 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 3763
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
24359166758_7a71b542cd_o.jpg

38212097261 63c4da25ff o38156069566 9b9b842ba3 o

 

KOTA SAMARAHAN, 7 November 2017 : Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-21 yang bermula kelmarin menyaksikan dua orang graduan telah menerima Anugerah Pelajaran DiRaja.

Dua graduan tersebut ialah Emira Izzati binti Abdul Aziz dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) dan Tan Yao Xiong iaitu graduan dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM).

Penyampaian anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di- Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri (Dr) Haji Abdul Taib Mahmud pada sidang pertama Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-21 di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA UNIMAS, kelmarin.

Mereka yang ditemui selepas graduasi tersebut menyatakan antara faktor kejayaan meraih anugerah berkenaan adalah menggunakan masa sebaik mungkin iaitu tekun menelaah pelajaran dan terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum  di Universiti ini.

Menurut Emira Izzati berasal dari Kuala Lumpur, melalui penglibatan aktif dalam persatuan dan ko-kurikulum, seseorang pelajar itu dapat meningkatkan keyakinan diri selain mengasah kemahiran diri dengan lebih jauh lagi.

“ Selain itu, sebagai pelajar kita harus hormat kepada para pensyarah untuk mendapat keberkatan pelajaran yang diajar. Kita harus mengingati diri, apa yang kita sedang usahakan ini bukan sahaja untuk diri dan keluarga tetapi juga untuk Allah S.W.T,” katanya yang merupakan graduan FSTS dalam program sains dan pengurusan sumber haiwan.

Emila Izzati pernah menjadi salah seorang ahli sukarelawan pelajar, misi sukarelawan siswa Yayasan Sukarelawan Siswa-ASEAN ke Tau, Sabah dan ahli jawatankuasa sukarelawan, Skim Latihan 1Malaysia di Kuching.

Manakala Tan Yao Xiong, berasal dari Ipoh Perak berkata pelajar harus membangunkan pelan pelajaran sepanjang tempoh pengajian.

Katanya, dengan adanya pelan pelajaran, seseorang pelajar dapat menetapkan sasaran pelajaran pada setiap subjek selain melihat kelemahan yang ada pada subjek berkenaan.

“ Selain itu, setiap pelajar harus terlibat dalam aktiviti dan persatuan di Universiti. Ini sebagai satu bonus untuk pelajar memasarkan diri dalam alam pekerjaan selepas tamat pengajian kelak,” katanya lagi.

Antara penglibatan aktiviti ko-kurikulum peringkat negeri dan antarabangsa yang pernah disertai oleh Tan yao Xiong adalah sebagai peserta dan pembentang kajian dalam Sarawak peer Colloquium (SPC) pada tahun 2015.

Sementara itu, dua lagi graduan telah menerima anugerah lain iaitu Anugerah Canselor diterima oleh Tipah anak Lihong dari program Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber serta Anugerah Pro-Canselor diterima oleh Amirah binti Fadullah Suhaimy dari program Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo