Events Calendar

Download as iCal file
Graduan Galas Tanggungjawab Teruskan Kesinambungan Kepimpinan Negara
Monday 06 November 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 4701
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
TYCO5108.JPG

KOTA SAMARAHAN, 6 November 2017 : Universiti mempunyai tanggungjawab besar dalam membina dan membangunkan modal insan yang beretika, berkemahiran, bertanggungjawab serta berkomitmen yang tinggi.


Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata tanggungjawab dan amalan ini harus dikembangkan dalam kehidupan bermasyarakat oleh para graduan yang menjadi harapan negara kerana graduan hari ini merupakan penerus kesinambungan kepimpinan negara pada masa hadapan.

“ Justeru, ekosistem kecemerlangan akan terus diperkasana di UNIMAS, kerana ia akan membangkitkan budaya kerja berilmu dan berdaya saing, seiring dengan nilai teras utama UNIMAS iaitu integriti, ikhlas, keserakanan, inovatif, dan ketabahan.”

“ Warga Universiti akan menyusun semula barisan, bergerak bersama-sama, berganding tenaga dan bersefahaman haluan, untuk maju ke hadapan, mencapai matlamat yang sudah pun disurat dan disiratkan untuk UNIMASku sayang,” katanya semasa berucap pada Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-21 bagi sidang pertama bertempat di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA hari ini.

Menurut Naib Canselor juga, pelajar Universiti perlu mengasah kemahiran penyelesaian masalah kompleks agar dapat bersaing di pentas global yang kian mencabar.

Katanya, masalah yang kompleks pula diukur menerusi kelebaran julat konflik yang terlibat, kedalaman analisis dan pengetahuan diperlukan.

Selain itu, katanya, keterlibatan isu yang unik, keperluan mematuhi piawaian ditetapkan, kehendak pengguna dan pemegang taruh pelbagai, impak penyelesaian terhadap pelbagai aspek seperti ekonomi, persekitaran, sosial, politik, etika, kesihatan dan kelestarian juga ukuran kepada masalah yang kompleks.

“ Justeru, jelaslah siswa tidak lagi terikat dengan bidang pengajian dan peperiksaan semata-mata. Kebolehlenturan kognitif amat diperlukan agar masalah kompleks ditangani secara agresif dan holistik,” katanya.

Dalam ucapan sama, Naib Canselor berkata UNIMAS sentiasa bersiap-siaga untuk memainkan peranan penting dalam membantu Kerajaan Negeri untuk pembangunan tranformasi digital di negeri ini.


Beliau menambah, untuk itu, UNIMAS akan akan terus berperanan penting dengan menjalinkan hubungan strategik serta berkolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk pemegang taruh demi merealisasikan agenda pembangunan kerajaan negeri Sarawak.

Sambung beliau, antara fokus kerjasama dan jalinan strategik yang telah dan akan dilaksanakan oleh UNIMAS meliputi kerjasama dalam penyelidikan, konsultasi dan projek keterlibatan dalam masyarakat yang boleh menyumbang kepada kejayaan dalam sektor ekonomi digital dan seterusnya mampu bersaing dalam Revolusi Industri 4.0.

Sementara itu, pengisytiharan majlis konvokesyen ke-21 telah disempurnakan oleh Canselor UNIMAS, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada sidang pertam pagi tadi.

TYCO4772 TYCO5136

Pada sidang pertama (1 November 2017) juga menyaksikan pemasyuran Pro-Canselor baru UNIMAS iaitu Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.


Pada sidang pertama ini, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah menyampaikan ijazah doktor falsafah dan sarjana kepada 444 orang graduan dan graduan dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi UNIMAS dalam program linguistik seramai 48 orang.

TYCO52202 TYCO52362

Turut disampaikan Anugerah Pelajaran DiRaja ( Bumiputera) kepada Emira Izzati Abdul Aziz ( Fakulti Sains dan Teknologi Sumber) dan Tan Yao Xiong ( Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia), Anugerah Canselor, Tipah anak Lihong ( Fakulti Sains dan Teknologi Sumber) dan Anugerah Pro-Canselor, Amirah Fadullah Suhaimy ( Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia).

Dalam konvokesyen UNIMAS Ke-21 menyaksikan seramai 4,120 orang graduan akan memperolehi ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian dari Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dalam lima sidang.


Artikel oleh : Sarena Haidir
Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo