Events Calendar

Download as iCal file
Tahniah Profesor Dr. Shazali bin Abu Mansor di atas Penganugerahan Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP)
Friday 03 November 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 9457
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
664.jpg

IPOH 2 Nov. - Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah mendahului 331 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, esok.

Tunku Sallehuddin yang dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah Ke-29 pada 12 September lalu dianugerahkan Darjah Kerabat (DK).

Dua Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri pula dianugerahkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Pengerusi Pos Malaysia Berhad, Tan Sri Dr. Mohd. Khamil Jamil.

Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu akan disempurnakan oleh Sultan Nazrin di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar Ahad ini.

Pada tahun ini, baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima khusus untuk pegawai atasan tentera dan polis, masing-masing kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim.

Sementara itu, Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang dikurniakan kepada pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional dengan gelaran Datuk pula dianugerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim.

Turut menerima DPCM, Pe­ngerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan serta Pe­ngarah Urusan Kamalbina Sdn Bhd, Datuk Kamarulbahrin Zainuddin.

Selain itu, antara 20 penerima Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang bertaraf lebih rendah daripada DPCM tetapi tetap diberikan gelaran Datuk ialah Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Yushaimi Maulud Yahaya dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, S Thangasvari.

Selain itu turut menerima DPMP ialah Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim; ADUN Kampung Gajah, Abdullah Fauzi Ahmad Razali; ADUN Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah dan Duta Besar Malaysia ke Lubnan, T Balachandran.

Pengarah Pendidikan Perak, Mat Lazim Idris; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Dr. Amiruddin Muhammed; Ahli Majlis MAIPk, Asad Awang; Timbalan Naib Canselor (Akademik) Universiti Malaya, Prof. Dr. Awg Bulgiba Awg Mahmud dan Profesor Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof. Dr. Shazali Abu Mansor turut dianugerahkan DPMP.

Penerima DPMP lain ialah Orang Besar Jajahan Kampar, Datuk Abdul Talib Abd. Fahmi; Pegawai Daerah Manjung, Mohamad Fariz Mohamad Hanip; bekas Naib Canselor Universiti Nottingham, Prof. Sir David Greenaway dan bekas Pengarah Jabatan Perikanan Perak, Dr. Bah Pian Tan.

Empat penerima Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan pula termasuklah Ke­tua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dan Ketua Cawangan Khas Polis Perak, Senior Asisten Komisioner Mazlan Santarai.

Turut menerima DPTS ialah pakar pergigian Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mej. Jen. Dr. Borhan Jasmin serta Asisten Ketua Staf Material Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Laksamana Muda Mohammed Ariff Mahru.

Dalam istiadat tersebut, dua ahli sukan dan dua bekas atlet pula menerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP).

Mereka terdiri daripada pemenang pingat emas dan pemegang rekod baharu acara lompat kijang Sukan SEA Kuala Lumpur baru-baru ini, Muhammad Hakimi Ismail dan pemain bola sepak Perak, Mohamad Nasir Basharudin;

Selain itu turut menerima AMP ialah pelari 400 dan 800 meter negara yang pernah bertanding di Sukan Olimpik Seoul 1988, Josephine Mary dan pemenang pingat emas rejam lembing Sukan SEAP 1961 di Myanmar, Ng Kah Liew.

 

Sumber : https://www.utusan.com.my/mobile/berita/nasional/sultan-kedah-dahului-penerima-darjah-1.546513

 
Attachment(s):
 
 
Demo