Events Calendar

Download as iCal file
Kumpulan pertama pelajar perubatan UNIMAS terima biasiswa Kerajaan Negeri
From Monday 18 September 2017 -  03:00pm
To Tuesday 19 September 2017 - 05:00pm
Hits : 4695
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
biasiswa2.jpg

biasiswa1biasiswa3

biasiswa4

 

KOTA SAMARAHAN, 18 September 2017 :  Empat puluh pelajar dari program perubatan UNIMAS telah menerima biasiswa Kerajaan Negeri Sarawak yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg di Wisma Bapa, pagi tadi.

Penyerahan biasiswa kepada pelajar-pelajar UNIMAS itu turut disaksikan bersama oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Dr Sabariah Putit, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Kerajaan dan Persekutuan dan Pemantauan Projek), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Pengarah Yayasan Sarawak, Haji Azmi Haji Bujang, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Dekan-dekan dan Pegawai-pegawai UNIMAS.

Pelajar-pelajar perubatan baharu UNIMAS yang menerima biasiswa merupakan 60 peratus daripada keseluruhan pelajar baharu bidang perubatan di UNIMAS tahun ini bagi pengajian yang memakan masa hampir lima tahun.

“ Jadi, dalam tempoh lima tahun, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan kira-kira RM20 juta bagi penyediaan biasiswa dan kita berharap kumpulan pertama seramai 40 pelajar perubatan ini akan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi doktor dalam lima tahun akan datang,” kata Ketua Menteri.

Antara penerima biasiswa tersebut ialah Afifatus Zakiyah Saudi, Ainur Yasmin Hamdan, Alice anak Joe, Amber anak Andrew Ragai, Andrea Rachael Shara anak Jomet, Anis Nasuha Morshidi, Audre Liew Siew Ing, Awangko Jamaluddin Awang Zainudin, Azrie Bujang, Billy anak Leo, Bong Pin Khan, Caleb Yong Jia Le, Elnysha anak Betar, Eugenius Then Hi Xuan, Farah Wahieda Drahman, Farhah Muhammad Farid, Gabriela Naina anak Keneth, Grace Voon Ern Hui, Javer anak Jimbau, Jester Sambau anak Thomas, Khairun Nisa Mohd Sabirin Fong, Khairunnisha Abdul Malek, Macdublein anak Juna, Mira Irisha Iskandar, Mohd Azraei Hamden, Mohd Syafhiudin Jailani, Muhammad Ali Reza Muhammad Abdullah, Nur Asmariana Salaihi, Nur Hanisah Yusman, Nur Nasuha Nasir, Nurhasyimah Umar, Nurul Ayummi Zabidi, Po Kian Ee, Qiasatina Kasyfi Sofhi, Rephael Randong anak Kassim, Sara Chai Meeng Yen, Sofia Mohd Adib Abdullah, Stanley Jaret anak Hilton Henry, Vanessa Claudia Musa dan Zarith Iman Mohammad Aris.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo